Pada 28 Ogos 1984, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun, Elisabeth Fritzl telah hilang.
Ibunya, Rosemarie yang bimbangkan keberadaannya dengan tergesa-gesa memfailkan laporan mengenai kehilangannya.
Selama berminggu-minggu, tidak ada khabar berita daripada Elisabeth dan ibu bapanya tidak ada apa yang boleh difikirkan melainkan yang buruk sahaja.
BESARKAN TEKS A- A+
Kemudian, secara tiba-tiba, sepucuk surat daripada Elisabeth sampai ke rumah mendakwa bahawa dia telah bosan dengan kehidupan keluarganya membuatkannya melarikan diri.
Bapanya, Josef Fritzl, memberitahu anggota polis yang datang ke rumah bahawa dia tidak tahu ke mana Elisaberth mungkin pergi.
Namun, Josef memberitahu anaknya mungkin menyertari kumpulan keagamaan, sesuatu yang telah diberitahu sebelum ini oleh Elisabeth.
Apa yang menakutkan adalah sebenarnya Josef Fritzl tahu dengan tepat di mana lokasi anak perempuannya, iaitu kira-kira 6 meter di bawah di mana pegawai polis tersebut berdiri.
Pada 28 Ogos 1984, Josef memanggil anaknya ke ruang bawah tanah rumah mereka. Dia memasang semula pintu ke bilik bawah tanah yang baru diubahsuai dan memerlukan bantuan untuk membawanya.
Josef memasangkan pintu tersebut sambil dibantu oleh Elisabeth. Sebaik sahaja engsel dipasang, Josef menghayunkan pintu lantas memaksa Elisabeth tertolak ke dalam.
(Bilik bawah tanah yang diubah suai untuk mengurung Elisabeth)
Josef kemudiannya menekup muka anaknya menggunakan tuala sehingga tidak sedarkan diri.
Untuk tempoh 24 tahun kemudian, apa yang dapat dilihat oleh Elisabeth hanyalah ruang bawah tanah yang kotor. Bapanya berbohong kepada ibunya dan pihak polis.
Akhirnya, siasatan pihak polis menemui jalan buntu dan tak lama kemudian, dunia telah melupakan gadis ini.
Namun, satu-satunya orang yang tak akan melupakan anaknya adalah Josef.
Apa yang diketahui oleh keluarga Fritzl, Josef akan menuju ke ruang bawah tanah setiap pagi pukul 9 pagi untuk membuat pelan bagi mesin yang dijualnya.
Kadang-kala, dia akan bermalam di ruang bawah tanah tetapi isterinya tidak bimbang kerana suaminya seorang lelaki yang bekerja keras dan didedikasikan terhadap kerjayanya.
Akan tetapi, di mata Elisabeth Fritzl, Josef merupakan seorang raksasa.
(Josef Fritzl)
Josef biasanya akan melawat anaknya itu setiap hari. Paling kurang, Josef akan melawat Elisabeth di ruang bawah tanah sebanyak 3 kali seminggu.
Untuk 2 tahun yang pertama, dia membiarkan Elisabeth bersendirian dan menjadikannya tawanan.
Kemudian, sesuatu yang menjijikkan berlaku. Josef mula merogol anaknya, meneruskan apa yang dilakukannya pada waktu malam sejak Elisabeth berusia 11 tahun.
Selepas 2 tahun dikurung, Elisabeth disahkan hamil namun telah mengalami keguguran dalam tempoh 10 minggu kehamilan.
Bagaimanapun, 2 tahun kemudian, dia hamil lagi.
Pada Ogos 1988, seorang bayi perempuan yang diberi nama Kerstin telah dilahirkan. 2 tahun kemudian, seorang lagi bayi dilahirkan dan kali ini merupakan seorang lelaki diberi nama Stefan.
Kerstin dan Stefan kekal di ruang bawah tanah dengan ibu mereka untuk tempoh tersebut. Mereka dijaga oleh Josef yang akan membawa makanan dan air setiap.
Elisabeth cuba mengajar anak-anaknya dengan pendidikan asas yang termampu dan memberikan kehidupan yang paling normal di sebalik keadaan yang sangat mengerikan.
Lebih mengejutkan, dalam tempoh 24 tahun kemudian, Elisabeth melahirkan 5 lagi anak.
(Rumah keluarga Fritzl)
(Rumah bawah tanah yang digunakan untuk mengurung Elisabeth)
Seorang daripadanya dibenarkan tinggal dengan Elisabeth di ruangan bawah tanah, seorang lagi meninggal dunia selepas dilahirkan dan 3 yang lain dibawa naik ke atas untuk tinggal bersama Rosemarie dan Josef.
Walaubagaimanapun, Josef tidak hanya membawa anak-anaknya ke tingkat atas untuk hidup dengannya.
Untuk menyembunyikan apa yang dilakukannya daripada pengetahun Rosemarie, dia berpura-pura terjumpa bayi-bayi tersebut. Dia melakukan perkara tersebut dengan meletakkan bayi tersebut di semak-samun atau di depan pintu rumah.
Bayi-bayi tersebut ditinggalkan dengan nota yang didakwa ditulis oleh Elisabeth, mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk menjaga bayi itu.
Lebih mengejutkan, pegawai perkhidmatan sosial tidak pernah mempersoalkan kemunculan anak-anak tersebut dan membenarkan keluarga Fritzl untuk menjaga mereka sebagai anak-anak mereka sendiri.
Para pegawai tersebut beranggapan bahawa Josef dan Rosemarie merupakan datuk dan nenek bayi-bayi tersebut.
(Bilik di mana Elisabeth melahirkan 7 orang anaknya)
Tidak diketahui berapa lama Josef Fritzl berhasrat untuk mengurung anak perempuannya di ruang bawah tanah.
Dia berjaya melakukannya untuk tempoh 24 tahun dan apa yang diketahui adalah kemungkinan dia akan meneruskan tindakan itu.
Walaubagaimanapun pada tahun 2008, salah seorang daripada anak malang tersebut jatuh sakit.
Elisabeth merayu kepada bapanya supaya membenarkan anak perempuannya berusia 19 tahun, Kerstin, untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Keadaan menjadi Kerstin semakin teruk dan kritikal. Berat hati, Josef bersetuju untuk membawa Kerstin ke hospital. Dia mengeluarkan Kerstin dari bilik bawah tanah dan menelefon ambulans, mendakwa bahawa dia mempunyai nota dari ibu Kerstin yang menjelaskan keadaan remaja tersebut.
Untuk tempoh seminggu, polis mempersoalkan Kerstin dan meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarganya.
Akan tetapi, tiada siapa yang datang untuk membantu Kerstin kerana keluarganya berada dalam kurungan di bawah tanah.
(Elisabeth sebelum menjadi tahanan oleh bapanya selama 24 tahun)
Akhirnya, pihak polis berasa curiga terhadap Josef dan membuka semula siasatan ke atas kehilangan Elisabeth Fritzl.
Mereka mula membaca surat-surat yang dikatakan ditulis oleh Elisabeth kepada keluarga Fritzl dan mula melihat ketidakseragaman di dalamnya.
Sama ada Josef akhirnya berasa tertekan atau mengalami perubahan hati terhadap penawanan anak perempuannya, tiada siapa yang akan pernah tahu.
Tetapi pada 26 April 2008, dia melepaskan Elisabeth dari ruang bawah tanah untuk kali pertama dalam tempoh 24 tahun.
Elisabeth dengan segera pergi ke hospital untuk melihat anak perempuannya di mana kakitangan hospital memaklumkan ketibaannya yang mencurigakan kepada polis.
Pada malam tersebut, Elisabeth ditahan untuk ditanyakan mengenai penyakit anak perempuannya dan cerita yang diberitahu oleh Josef.
Selepas pihak polis berjanji untuk tidak membenarkan dengan ayahnya bertemunya lagi, Elisabeth Fritzl menceritakan kisah penahanannya selama 24 tahun.
Dia menjelaskan bahawa Josef mengurungnya di ruang bawah tanah dan telah melahirkan 7 orang anak yang mana semuanya anak bapanya.
Elisabeth memberitahu bapanya akan turun ke ruangan bawah tanah pada waktu malam, memaksanya menonton filem lucah dan kemudiannya merogolnya.
(Josef Fritzl ketika di mahkamah)
Mendengar penjelasan Elisabeth, pihak polis dengan segera menahan Josef Fritzl pada malam tersebut.
Selepas penangkapan itu, anak-anak di ruang bawah tanah juga dibebaskan dan Rosemarie Fritzl melarikan diri daripada rumah tersebut.
Dia tidak tahu apa-apa tentang kejadian yang berlaku di bawah tapak kakinya dan Josef menyokong cerita tersebut.
Penyewa yang tinggal di apartmen di tingkat satu rumah Fritzl juga tidak pernah tahu apa yang benar-benar berlaku di bawah mereka, kerana Josef telah menjelaskan bahawa semua bunyi yang kedengaran disebabkan oleh paip yang rosak dan pemanas yang bising.
Kerstin, Stefan dan Felix berusia 19, 18 dan 5 tahun ketika mereka dibebaskan pada April 2008.
Hari ini, Elisabeth Fritzl hidup di bawah identiti baru di sebuah kampung rahsia di Austria yang hanya dikenali sebagai "Village X."
Rumah yang didiami oleh Elisabeth berada di bawah pengawasan CCTV yang berterusan dan rondaan polis di setiap sudut. Keluarga malang ini tidak membenarkan wawancara di mana-mana kawasan dalam rumah mereka dan enggan ditemuramah.
Walaupun Elisabeth kini sudah berusia pertengahan 50-an, gambar terakhir yang diambilnya adalah ketika dia berusia 16 tahun.
Usaha untuk menyembunyikan identiti barunya telah dibuat untuk memastikan masa lalu beliau tersembunyi dari media dan membiarkan dia menjalani kehidupan barunya.