Berapakah rekod paling lama anda mampu bekerja di sesebuah syarikat? Ada individu yang mampu kekal bekerja daripada mula-mula menamatkan pengajian sehinggalah bersara dan ada juga yang kerap bertukar tempat kerja dengan harapan dan meningkatkan peluang mendapatkan jawatan dan gaji yang lebih baik.

Namun, ada juga yang berpindah tempat kerja kerana mahu mencari nafas baru dan lari daripada suasana tempat kerja yang toksik, bos yang teruk, pengurusan yang tidak cekap, tempat kerja yang terlalu jauh dan pelbagai lagi alasan lain yang munasabah. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, seorang lelaki bernama Walter Orthmann baru-baru ini telah disahkan oleh pihak Guinness World Records sebagai individu yang memegang rekod bekerja di syarikat sama paling lama selama 84 tahun atau lebih tepat lagi 84 tahun dan 9 hari.

Membantu keluarga yang susah

walter orthmann 865

Beliau dilahirkan di Brusque, sebuah bandar kecil di Santa Catarina, Brazil yang mempunyai penduduk Jerman yang ramai. Beliau sememangnya rajin sejak kecil dan akan berjalan kaki tanpa alas kaki ke sekolah. Belia juga seorang pelajar yang luar biasa dan sangat teliti terhadap sesuatu perkara.

Lelaki sudah berusia 100 tahun ini mula bekerja di syarikat Industrias Renaux SA (kini RenauxView) pada Januari 1938, setahun sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, ketika baru berusia 15 tahun. Beliau ketika itu mencari peluang pekerjaan bagi membantu keluarganya yang mempunyai masalah kewangan.

Pada zaman tersebut, sudah menjadi budaya masyarakat setempat kanak-kanak akan bekerja untuk membantuk keluarga mereka dan sebagai anak sulung dari 5 orang adik-beradik, ibunya telah membawanya mencari kerja sejak berusia 14 tahun lagi. Beliau akhirnya diterima bekerja di Industrias Renaux SA kerana kefasihannya berbahasa Jerman. 

tips kerjaya 418

Beliau bermula daripada bawah sebagai pembantu perkapalan. Beliau sering menunjukkan kecekapannya dan mempunyai minat yang tinggi untuk belajar perkara baru sehingga akhirnya dinaikkan pangkat ke bahagian jualan sehingga persaraannya. Jawatan terakhirnya dalam syarikat ini sebelum bersara adalah Pengurus Jualan.

Antara pengalaman paling manisnya dalam bidang jualan adalah ketika lawatan kerjanya ke Sao Paulo dimana beliau hanya memerlukan tempoh kurang daripada satu minggu untuk mendapatkan tempahan pesanan berbanding kebiasaannya yang akan mengambil masa kira-kira 3 bulan lamanya. 

Pada tahun lima puluhan, beliau mula mengembara ke seluruh negara dan berpeluang bertemu orang dari pelbagai tempat dan budaya. Beliau jatuh cinta dengan budaya kerjanya yang sentiasa memerlukannya sentiasa bergerak ke pelbagai tempat dan peluang ini digunkana untuk menjalin hubungan baik dengan pelanggan sehingga menjadi kawan.

Tips kerjaya dari Walter Orthmann

rekod kerja paling lama

Beliau mungkin telah bersara beberapa dekad yang lalu, tetapi kerana mempunyai 'tujuan, komitmen dan rutin' dalam pekerjaan adalah penyebab mengapa beliau memilih untuk terus bekerja walaupun selepas belia mencipta rekod pada 2019 dengan 81 tahun dan 85 hari.

Sepanjang 84 tahun bekerja, beliau dia telah melihat banyak perkara berubah dalam syarikat, dalam negara dan dunia. Beliau telah memahami bahawa salah satu bahagian terpenting dalam perniagaan adalah untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menyesuaikan diri dengan konteks yang berbeza.

Beliau menginjk ke usia 100 tahun pada 19 April 2022 dan meraikannya bersama keluarga, rakan dan rakan sekerjanya. Untuk mengekalkan ketajaman berfikir ketika bekerja, beliau melakukan regangan setiap hari dan memantau diet dengan ketat.

Dalam diet hariannya, beliau seboleh-bolehnya akan mengelakkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan garam segala bahan yang mampu memudaratkan sistem penghadamannya antaranya Coke dan minuman soda yang lainnya. Beliau hanya makan makanan berkhasiat untuk memastikan tubuhnya sihat. 

Selepas berdekad-dekad bekerja ini, beliau berkata nasihat kerjayanya yang terbaik ialah mencari majikan yang baik dan mengikuti minat anda. Menurutnya lagi, apabila kita melakukan perkara yang kita gemari, kita tidak sedar bahawa masa itu bergerak begitu pantas. 

Kredit:

  1. Guinness World Records
  2. The Edge
  3. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)