Tiada siapa yang suka dimasukkan ke hospital apatah lagi untuk menghabiskan masa yang lama di wad, dan sebab inilah kebanyakan daripada kita tidak sabar-sabar untuk dibenarkan pulang.

Namun, ternyata bukan semua orang berasakan sedemikian.

Pada tahun 2014, seorang lelaki dari China bernama Tian telah pergi ke sebuah hospital terkemuka di Beijing mengadu bahawa dia mengalami mual dan muntah selama dua bulan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tian juga mengadu kakinya tidak stabil membuatkan cara berjalannya tidak seperti biasa.

Dengan itu, dia dimasukkan ke wad dengan ditemani oleh ibu bapanya sepanjang tempoh menerima rawatan untuk masalah kesihatannya.

Namun setelah diberikan rawatan dan tiba masa untuk dibenarkan keluar daripada wad, Tian baru menyedari bahawa dia perlu membayar kos sepanjang berada di hospital.

Jadi, lelaki ini menuduh pihak hospital memberikan rawatan yang tidak sepatutnya kepadanya dan enggan untuk membayar kos tersebut serta tidak mahu pulang.

keluarga di china enggan keluar wad dan tinggal selama 6 tahun 2

Malah, Tian dan ibu bapanya menjadikan wad hospital tersebut seperti rumah mereka sendiri, dengan membawa periuk dan kuali serta mengisi bilik tersebut dengan bahan makanan dan barang-barang peribadi lain.

Menurut Apple Daily, walaupun pihak hospital beberapa kali meminta mereka keluar, mereka tetap berkeras untuk kekal di wad tersebut.

Lebih mengejutkan, keluarga kecil ini menyambut Tahun Baru China yang mana merupakan perayaan yang secara tradisional dikaitkan dengan keluarga yang berkumpul di rumah mereka, di hospital berkenaan. 

Tidak tahan dengan situasi ini, hospital ini kemudiannya memohon perintah mahkamah untuk meminta keluarga untuk keluar dan sanggup mengetepikan tuntutan kos perubatan yang sepatutnya dibayar iaitu sebanyak 1.26 juta yuan (RM787,451) kerana Tians menghadapi masalah kewangan.

Mereka juga memberikan bukti bahawa keadaan Tian telah stabil dan layak untuk dibenarkan pulang. Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa Tian harus pulang.

keluarga di china enggan keluar wad dan tinggal selama 6 tahun 3

Walau bagaimanapun, Tian enggan pulang dan melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila dia pula yang menyaman hospital itu dengan menuduh kecuaian perubatan membuatkan kisah ini berterusan.

Akhirnya pada minggu lalu, hakim Luo Shengli dari Mahkamah Rakyat Daerah Xicheng Beijing memutuskan bahawa Tian dan ibu bapanya perlu meninggalkan wad hospital yang mereka duduki selama enam tahun.

Hakim berkenaan juga memutuskan bahawa hospital perlu menanggung sebahagian daripada tanggungjawab terhadap kebuntuan itu dan membayar pampasan.

Dengan itu, keluarga ini menerima 480,000 yuan (RM294,774) dari pihak hospital dan bersetuju untuk meninggalkan wad tersebut.

Mereka dihantar pulang ke rumah menggunakan ambulans hospital.

Di pengakhiran cerita ini, jumlah kerugian yang ditanggung oleh hospital adalah sebanyak RM1.09 juta disebabkan kelicikan Tian dan ibu bapanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)