Pergi sahaja ke mana-mana kedai runcit, anda pasti pernah melihat coklat M&M, coklat yang menjadi kegemaran ramai tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Bagaimanakah coklat ini begitu popular? Siapakah yang mula-mula mencipta coklat M&M ini?

Idea penghasilan coklat M&M

Sejarah penghasilan coklat ini bermula sejak tahun 1911 lagi. Pada tahun tersebut, Frank C. Mars telah menubuhkan syarikat Mars Incoporated, sebuah syarikat kecil yang menghasilkan gula-gula di bandar Newark, New Jersey. Selain gula-gula, syarikatnya juga menghasilkan makanan berasaskan coklat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila sudah berumur, beliau merancang untuk bersara dan menyerahkan urusan pengurusan syarikat kepada anaknya. Beliau merasakan anaknya, Forrest Mars merupakan calon terbaik dan telah menghantar anaknya ke luar negara untuk belajar mengenai pengurusan perniagaan.

Ketika berada di luar negara inilah, Forrest Mars terlihat askar British memakan coklat berbentuk gula-gula kecil. Beliau terkejut apabila mendapati coklat tersebut tidak cair apabila diletakkan di atas tangan pada musim panas. Saiznya yang kecil seperti pil juga memudahkan coklat tersebut disimpan di dalam poket.

Rupa-rupanya, itulah coklat Smarties. Satu lagi jenama coklat yang kini merupakan pesaing utama coklat M&M. Dalam kata lain, idea penghasilan coklat M&M sekarang bukanlah idea original Frank, sebaliknya diambil daripada idea coklat Smarties!

Pengambilalihan kuasa

ration makanan perang

Berdasarkan idea yang diperolehinya itu dan ilmu pengurusan perniagaan yang dipelajari, beliau kembali ke Amerika Syarikat untuk mengambil alih pengurusan syarikat daripada bapanya. Selain itu, beliau turut memfailkan paten untuk penghasilan coklat yang disalut lapisan khas seperti Smarties di Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga tidak bersetuju dengan cara bapanya menguruskan perniagaan di syarikat tersebut. Bagi memastikan syarikat itu terus maju dengan idea-idea baru, Frank telah mencari seorang rakan niaga untuk turut sama membantunya di syarikat tersebut. Maka, bertemulah beliau dengan Bruce Murrie.

Bruce Murrie bukanlah calang-calang orang. Sama seperti Frank, Bruce merupakan anak kepada seorang lagi penghasil coklat terkenal berjenama Hershey's. Bruce juga sama seperti Frank, beliau tidak bersetuju dengan cara perniagaan bapanya jadi beliau merasakan Frank merupakan orang yang paling sesuai untuk bekerjasama dengannya.

Asal-usul jenama M&M

cat kereta m m

Untuk mempromosikan coklat ini, mereka memerlukan satu jenama baru yang lebih segar dan mudah diingati. Pada mulanya, mereka menggunakan nama Mars & Murrie, hasil gabungan kedua-kedua nama akhir Frank Mars dan Bruce Murrie sebelum ianya dipendekkan kepada M&M sahaja sehinggalah ke harini. Nama yang lebih pendek dan mudah diingati.

Sebenarnya, gabungan kedua-dua pemuda ini merupakan satu kerjasama yang sangat istimewa. Jika Frank memiliki paten bentuk coklat yang dilapisi lapisan keras di bahagian luarnya, Bruce pula memiliki paten ramuan menghasilkan coklat terbaik memandangkan beliau merupakan pewaris coklat jenama Hershey's.

Konflik antara Frank Mars dan Bruce Murrie

m m perisa karamel

Walau bagaimanapun, sejarah M&M tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada awal-awalnya, segala-galanya kelihatan sangat sempurna. Jualan M&M terus meningkat apabila mereka telah menjalin kerjasama dengan pihak tentera Amerika Syarikat untuk membekalkan setiap tentera di medan perang dengan bekalan coklat M&M.

Bukan mudah hendak menguruskan sebuah syarikat yang besar. Apabila syarikat M&M semakin besar, Bruce dan Frank seringkali tidak sehaluan dalam membuat keputusan. Kerana konflik antara keduanya yang semakin buruk, Bruce telah mengambil keputusan untuk keluar daripada syarikat dan mengambil semula bahagiannya yang pada ketika itu berjumlah $1 juta.

Dengan keputusan Bruce untuk keluar daripada syarikat M&M, maka Bruce juga telah membuat keputusan untuk tidak tidak lagi menggunakan coklat keluaran Hershey's sebaliknya menggunakan coklat yang dihasilkan syarikatnya sendiri. Semenjak peningkatan popularitinya pada tahun 1950-an, resipi penghasilan coklat M&M tidak banyak berubah sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun, pelbagai perisa baru telah dikeluarkan demi memenuni permintaan pelanggan.

Kredit:

  1. History.com
  2. WikiPedia - M&M



Hakcipta iluminasi.com (2017)