Oleh pada 30 Aug 2018 kategori

Coklat merupakan snek yang universal. Ramai penggemar coklat di seluruh dunia gemarkan rasanya yang berlemak dan sedap. Tidak kiralah berapa usia seseorang atau dari mana mereka datang, kegilaan terhadap coklat tidak pernah pudar. Ia boleh dijadikan makanan ringan mahupun sebuah gubahan hadiah yang romantik.

Apakah jenama coklat kegemaran anda? Mungkinkah coklat yang paling anda suka berada dalam senarai 10 coklat paling dikenali dan paling 'meletup' jualannya di seluruh dunia ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Toblerone

coklat toblerone

Toblerone yang diasaskan oleh Mondelez International Inc. di Bern, Switzerland ini dulu merupakan snek yang hanya mampu dimiliki oleh keluarga diraja. Kini, ia adalah salah satu jenama coklat Swiss yang paling terkenal di dunia. Coklat ini terkenal dengan bentuk prisma yang unik dan kaya dengan rasa coklat, nougat, kacang badam dan madu yang diadun mesra. Selain perisa asli, Toblerone juga boleh didapati dalam pelbagai variasi lain seperti Snowtops, coklat putih, pralin, honeycomb dan lain-lain.

9. Guylian

coklat guylian

Kita sedia maklum yang Belgium sangat popular dengan coklat istimewa yang dihasilkan di negara itu. Dalam banyak-banyak coklat di sana, Guylian mungkin merupakan jenama yang paling dikenali sehingga dieksport ke lebih 40 buah negara seluruh dunia. Diasaskan oleh Guy Foubert pada tahun 1958, Guylian yang mula menempa nama dengan wafer coklat buatan tangan lebih terkenal dengan coklat berbentuk kuda laut dan kerang-kerangan yang diletakkan pelbagai inti.

Pada tahun 2008, Lotte Confectionary telah membeli Guylian pada harga 164 juta dolar. Namun, ia terus menghasilkan coklat di bawah jenama yang sama.

8. Lindt & Sprungli

coklat lindt sprungli popular dunia

Chocoladefabriken Lindt & Sprüngli AG, atau lebih dikenali sebagai Lindt, merupakan sebuah pengusaha coklat dan konfeksi yang diasaskan pada tahun 1845 di Zurich, Switzerland. Dalam keseluruhan coklat yang dikeluarkan, coklat putih Lindt merupakan pilihan popular yang sangat digemari selain trufel coklatnya yang enak.

7. Ghirardelli

coklat ghirardelli sedap nak mampus

Syarikat konfeksi Ghirardelli yang dinamakan sempena seorang pembuat coklat Itali bernama Domingo Ghirardelli merupakan anak syarikat kepada Lindt & Sprungli yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Bermula sejak 1852, ia merupakan pengeluar coklat ketiga tertua di sana.

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun Ghirardelli akan menjadi tuan rumah kepada sebuah festival selama dua hari sambil memaparkan coklat istimewa buatan mereka dengan rekaan tersendiri.

6. Patchi

patchi coklat paling sedap laris di dunia

Patchi merupakan salah satu jenama coklat mewah paling laris di dunia. Coklat premium yang sering dijadikan buah tangan ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi terbaik seperti koko bermutu tinggi dan susu segar.

Kombinasi antara coklat Swiss dan Belgium keluaran Patchi menawarkan lebih 50 aneka perisa seperti kacang hazel, kacang pistacio, kacang badam, Gianduja, kulit buah oren, buah strawberi dan banyak lagi. Pek bungkusannya yang eksklusif juga membuatkan seseorang berasa lebih teruja untuk menikmati coklat ini.

5. Galaxy/Dove

galaxy coklat paling sedap laris di dunia

Galaxy (atau dikenali sebagai Dove di sesetengah negara terutama sekali sekitar Eropah) merupakan sebuah jenama coklat susu yang dikilangkan dan dipasarkan oleh Mars Inc. Galaxy mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1960-an manakala Dove pula merupakan sebuah jenama dari Amerika Syarikat yang diperoleh Mars pada tahun 1980-an.

Rangkaian produk Galaxy/Dove kini merangkumi pelbagai pilihan termasuklah bar coklat susu, karamel, Cookie Crumble, Ripple, Duetto, Bubble dan Truffle. Selain produk bar coklat, jenama ini juga menghasilkan susu coklat sedia diminum, serbuk minuman coklat, kek coklat, aiskrim dan banyak lagi.

4. Cadbury

cadbury coklat paling sedap laris di dunia

John Cadbury memulakan pengembaraan empayar coklatnya di London pada tahun 1824. Ketika itu, tiada siapa menyangka Cadbury boleh menjadi sebuah jenama gergasi seperti yang kita kenali hari ini. Siapa yang tidak pernah mendengar jenama ini? Dari anak kecil hinggalah ke warga emas, semua orang pun mengenali Cadbury zaman berzaman. Cadbury paling dikenali dengan produk coklat Dairy Milknya selain variasi lain yang sentiasa memenuhi citarasa seluruh lapisan masyarakat.

Dimiliki oleh Mondelez International, Cadbury merupakan sebuah perniagaan konfeksi British yang berpangkalan di Uxbridge, London. Jenama ini beroperasi dalam lebih 50 buah negara dan merupakan perniagaan konfeksi kedua terbesar di dunia selepas Wrigley's. Jenama ini juga menjadi kebanggan rakyat Britain kerana ia adalah barang eksport paling berjaya negara itu sejak 1824.

3. Ferrero Rocher

ferrero rocher coklat paling sedap laris di dunia

Jenama ini telah bertapak dalam industri pembuatan coklat selama hampir 200 tahun. Maka, tidak hairanlah Ferrero Rocher berjaya mendapat tempat ketiga dalam senarai ini. Antara faktor penyumbang kejayaan Ferrero Rocher mungkin berpunca daripada bungkusannya yang begitu mewah dan juga keenakan coklatnya yang sangat disukai ramai.

Coklat premium yang dibungkus menggunakan kerajang emas ini kelihatan seperti hanya mampu dimiliki oleh kerabat diraja. Setiap gigitan coklat Ferrero Rocher adalah sangat mengasyikkan dari lapisan wafer sehinggalah salutan karamel dan kacang hazelnya.

2. Snickers

coklat snickers bar malaysia

Frank dan Ethel Mars, iaitu pengasas kepada Mars Inc. telah mencipta bar coklat Milky Way yang menempa nama di Amerika Syarikat pada awal 1920-an. Mereka kemudian mula mencari-cari resipi baru untuk menghasilkan coklat yang lebih sedap. Snickers mengambil masa lebih tiga tahun untuk dibangunkan dan hanya mula diperkenalkan kepada pengguna bermula tahun 1930.

Nama Snickers diambil bersempena seekor kuda kesayangan Ethel di ladang milik keluarga itu di Tennessee. Kini, Snickers mencipta kejayaan menjadi salah satu bar coklat paling laris dengan jualan melebihi USD2 bilion di seluruh dunia.

1. Kit Kat

kitkat coklat paling sedap laris di dunia

"Rehat sebentar bersama Kit Kat." Itulah tagline terkenal coklat Kit Kat yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia. Bar konfeksi Kit Kat yang diasaskan oleh Rowntree dari York, United Kingdom ini bermula dengan nama 'Kit Cat' pada tahun 1935. Setelah itu, pada tahun 1988, ia telah dimiliki oleh Nestlé dan mula dihasilkan secara global di bawah syarikat induk baru kecuali di Amerika Syarikat di mana ia dilesenkan di bawah H.B. Reese Candy Company, iaitu salah sebuah anak syarikat The Hershey Company.

Bar coklat Kit Kat yang boleh didapati dalam pek dua atau empat jejari ini mengandungi tiga lapisan wafer nipis yang disalut coklat. Setiap jejari Kit Kat mudah dipatahkan agar ia mudah dimakan mahupun untuk dikongsi bersama insan tersayang. Kini, Kit Kat berjaya memperkenalkan produknya dalam pelbagai pilihan mengikut citarasa dan selera tempatan negara yang berbeza.

Dalam banyak-banyak jenama coklat, mana satu yang paling anda gemari?




Hakcipta iluminasi.com (2017)