Kes haiwan ataupun serangga yang tumpang hidup dalam badan manusia bukan lagi asing. Malah, setiap bulan, ada sahaja kes serangga yang ‘menumpang’ tubuh manusia sehingga hampir-hampir meragut nyawa dilaporkan. Disini kami kongsikan 6 kisah ngeri mengenai haiwan dan serangga yang menumpang pada tubuh manusia.

Lipas yang masuk kedalam telinga tanpa izin

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah semestinya kita tidak mengizinkan lipas untuk tumpang hidup dalam tubuh kita. Sebab itulah wujud pelbagai racun serangga yang dijual dipasaran. Namun lipas yang berjaya menumbusi benteng racun serangga ini sangat licik.

Kisah ini berlaku di Florida. Amerika Syarikat pada bulan lalu. Seorang wanita yang bernama Katie Holley terjaga daripada tidur dan merasakan tidak selesa di telinganya. Apabila dia mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas, sebahagian kecil badan lipas yang berwarna coklat tua dan berkaki. Takut dan terkejut dengan kewujudan lipas dalam telinganya, Katie dan suaminya bergegas ke hospital yang terdekat.

Doktor mengambil masa selama 20 minit untuk membunuh dan mengeluarkan lipas tersebut daripada telinga Katie, Namun, sebahagian besar bangkai lipas masih berada dalam saluran telinganya, jadi Katie terpaksa ditahan di hospital selama 9 hari. Setelah 9 hari, barulah telinga Katie kembali bersih dan berfungsi seperti biasa.

Lipas Hidup di dalam tengkorak

lipas didalam tengkorak wanita di india

Sekiranya anda kisah pertama sangat membuatkan anda takut untuk tidur malam, kisah kedua ini mungkin boleh membuatkan insomnia.

Kisah ini berlaku di Chennai, India, di mana seekor lipas telah masuk kedalam hidung seorang wanita, enggan untuk keluar dan akhirnya menetap didalam tengkorak kepalanya. Wanita yang berusia 42 tahun itu menggambarkan sakit yang dilaluinya seperti dibakar dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Menurutnya lagi, dia boleh merasakan pergerakan lipas itu dalam kepalanya dan setiap kali lipas itu bergerak, matanya akan rasa seperti terbakar. 

Menurutnya lagi, lipas itu enggan untuk keluar daripada kepalanya, bergantung sepenuhnya kepada tisu dibahagian hidungnya. Wanita ini terpaksa melalui 12 jam pembedahan untuk mengeluarkan lipas itu daripada tengkoraknya, dan 45 minit untuk dikeluarkan daripada hidungnya.

Ular Sawa Peliharaan tersangkut ditelinga

ular tersangkut dicuping telinga

Tidak salah untuk bermanja dan bermain dengan haiwan peliharaan. Tetapi sekiranya haiwan tersebut terlalu ‘mesra’ sehingga menyebabkan kita berasa tidak selesa dan terancam, langkah penting harus diambil.

Pada Januari tahun lalu, seorang gadis yang bernama Ashley Glawe telah kongsikan kisah ular peliharaannya yang tersangkut di telinga pada laman sosial Facebook. Kisahnya agak melucukan: ular sawa peliharaannya telah tersangkut di cuping telinganya yang telah diregangkan untuk tujuan kosmetik.

Menurut Ashley, dia cuba untuk menarik ular itu dengan menggunakan minyak masak, namun tidak berhasil. Dia juga meminta bantuan ahli bomba untuk membantunya, namun ular itu tetap berdegil. Akhirnya, Ashley pergi ke hospital dan doktor telah berjaya mengeluarkan ular kesayangannya dengan memotong sedikit bahagian cuping telinganya.

Labah-labah bersarang didalam telinga

labah labah bersarang didalam telinga

Pada tahun 2015, seorang wanita di wilayah Xiamen, China sentiasa mendengar dan merasa seperti sesuatu yang mencakar-cakar didalam telinganya. Disebabkan rasa sakit yang tidak lagi tertahan, dia akhirnya pergi berjumpa doktor.

Menurut doktor yang merawatnya, terdapat seekor labah-labah yang hidup dan bersarang didalam telinganya. Labah-labah tersebut terlalu selesa disitu sehingga ia membina sarang labah-labah seperti didalam yang kita selalu lihat dicelah-celah pokok. Berkemungkinan besar labah-labah itu berjaya mencuri masuk kedalam telinga wanita itu ketika dia pergi mendaki dan memetik buah sebelum ini.

Untuk mengeluarkan labah-laban itu, doktor tersebut menggunakan ubat telinga untuk membunuh labah-laban sebelum mengeluarkannya daripada telinga wanita tersebut.

Lipas yang beranak pinak didalam telinga

lipas beranak pinak didalam telinga remaja di china

Untuk mengeluarkan seekor lipas daripada telinga manusia bukanlah mudah. Bayangkan pula mengeluarkan 26 ekor lipas.

Inilah nasib remaja berusia 19 tahun yang berasal daripada Chang’an, China. Pada suatu malam, dia terjaga daripada lenanya apabila berasa sakit dan gatal ditelinga kanannya. Apabila diperiksa dengan lebih lanjut oleh doktor, seekor lipas berukuran 8mm telah ditemui didalam telinganya. Selepas lipas itu berjaya dikeluarkan, dokot kemudiannya menjumpai 25 ekor anak lipas yang masih hidup didalam telinga remaja ini.

Kesemua 26 ekor lipas berjaya dikeluarkan, namun menurut doktor terebut, sekiranya remaja itu berlengah-lengah untuk ke hospital, berkemungkinan besar telinga dna pendengaran nya tidak dapat lagi diselamatkan.

Larva lalat buah didalam telinga

larva lalat buah ditemui didalam telinga

Seperti kisah-kisah diatas, wanita malang ini juga bergegas ke hospital apabila dia merasakan sakit yang melampau didalam telinganya. Disebabkan masalah pendengaran yang dihadapi yang memaksanya untuk memakai alat bantuan pendengaran, semua orang termasuk doktor mengesyaki sakit yang dialaminya ini berpunca daripada alat pendengarannya itu.

Namun, sebaik sahaja alat pendengaran itu dibuang, cecait berdarah keluar dilubang dan diikuti dengan larva lalat buah didalam saluran telinganya. Menurut doktor yang merawatnya, kulit disekitar bahagian gegendang tellinganya telah terkoyak disebabkan oleh larva tersebut, dan terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawa wanita malang ini. Setelah 2 minggu, wanita tersebut akhirnya sembuh dan mampu menjalankan tugasan harian seperti biasa.

Sumber:

TheStar




Hakcipta iluminasi.com (2017)