Oleh pada 18 Oct 2018 kategori

Kita kerap kali melihat perpindahan pemain bola sepak daripada satu kelab ke kelab yang lain. Namun, adakah kita tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menguruskan perpindahan pemain-pemain ini? Mustahil mereka yang menguruskan perpindahan mereka sendiri. Mereka sebenarnya diwakili oleh ejen-ejen yang bertanggungjawab menguruskan hal tersebut. Jom kita kenali ejen-ejen bola sepak yang paling berjaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Volker Struth

volker struth agen bola sepak yang kaya

Nilai Kekayaan: $USD34.26 juta

Nilai Kontrak Pemain: $USD342.6 juta

Ejen Kepada: Toni Kroos, Marco Reus, Benedikt Höwedes, Ömer Toprak, Gonzalo Castro, Josip Drmic

Agen berbangsa Jerman ini adalah antara salah seorang ejen paling berjaya dalam dunia bola sepak, menjadi wakil kepada beberapa orang pemain ternama dunia. Beliau mula dikenali ramai setelah berpisah daripada menjadi ejen Mario Gotze, yang berada di bawah naungannya semasa Gotze masih remaja lagi. 

Struth adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan perpindahan bekas pemain Borussia Dortmund itu ke Bayern Munich. Mereka berpisah ketika Gotze di Bayern. Struth pernah mengkritik Pep Guardiola kerana atas tindakannya yang dilihat telah menjejaskan keyakinan diri Gotze semasa di Bavaria. 

4. Mino Raiola

mino raiola agen bola sepak terkaya

Nilai Kekayaan: $USD62.89 juta

Nilai Kontrak Pemain: $USD628.9 juta

Ejen Kepada: Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic, Henrikh Mkhitaryan, Mario Balotelli, Romelu Lukaku, Pavel Nedvěd.

Boleh dikatakan sebagai salah seorang agen berprofil tinggi dalam dunia bola sepak hari ini, Raiola adalah sebahagian daripada penggerak perpindahan pemain di Eropah sekitar tahun 1993, menguruskan perpindahan Dennis Bergkamp ke Inter Milan. Antara pencapaian awal beliau dalam kerjayanya adalah menguruskan perpindahan Pavel Nedved ke Lazio, dan kemudiannya ke Juventus. 

Beliau kemudiannya lebih dikenali selepas menjadi agen kepada Zlatan Ibrahimovic pada tahun 2003. Raiola bertanggungjawab menguruskan perpindahan Zlatan ke beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Juventus, Barcelona dan Manchester United. 

Hari ini, klien-klien di bawah naungannya adalah bintang-bintang utama bola sepak Eropah. Beliau telah membawa Henrik Mkhitaryan, Romelu Lukaku dan Paul Pogba ke Old Trafford untuk menyertai Manchester United. Perpindahan Pogba ke Manchester United memberi pulangan lumayan kepada beliau, sebanyak $USD25 juta yang sebahagian daripadanya digunakan untuk membeli rumah mewah milik penjenayah terkenal Amerika Syarikat, Al Capone. 

3. Jonathan Barnett

jonathan barnett agen bola sepak yang kaya

Nilai Kekayaan: $USD79.56 juta

Nilai Kontrak Pemain: $795.6 juta

Ejen Kepada: Gareth Bale, Gylfi Sigurdsson, Grzegorz Krychowiak, Adam Lallana, Joe Hart, Luke Shaw, Ashley Cole.

Jonathan Barnett bertanggungjawab menguruskan perpindahan Gareth Bale daripada Tottenham Hotspur ke Real Madrid, dengan nilai perpindahan yang memecah rekod dunia pada waktu itu. Beliau juga adalah agen kepada Luke Shaw yang menguruskan perpindahan pemain remaja paling mahal itu daripada Southampton ke Manchester United. 

Beliau mendakwa bahawa agensi bola sepaknya, Stellar Group adalah agensi terbesar dunia dalam sukan itu, dan hanya Jorge Mendes sahaja mempunyai nilai kekayaan yang hampir dengannya (dalam kalangan ejen-ejen bola sepak). Walaubagaimanaoun, senarai ini meletakkan beliau di tempat ketiga, di belakang individu yang dianggap sebagai pencabar terdekatnya. 

2. Jorge Mendes

jorge mendes agen bola sepak kedua terkaya

Nilai Kekayaan: $USD100.52 juta

Nilai Kontrak Pemain: $USD1 bilion

Ejen Kepada: Jose Mourinho, Cristiano Ronaldo, Renato Sanches, William Carvalho, Thiago Silva, James Rodriguez, Diego Costa, Angel Di Maria, Bernardo Silva.

Jorge Mendes adalah nama yang tidak asing lagi dalam agensi bola sepak. Beliau adalah agen kepada beberapa orang bintang ternama dalam sejarah sukan ini, dan turut pernah dianugerahkan Globe Soccer Agent of the Year sebanyak 7 kali, hanya tewas sekali kepada Mino Raiola. 

Kredit harus diberikan kepada beliau kerana telah mengubah lanskap bola sepak England selamanya, dengan memperkenalkan Jose Mourinho kepada negara berkenaan melalui Chelsea. Beliau turut memainkan peranan penting dalam perpindahan beberapa orang pemain ke England, termasuklah Deco, Diego Costa, Radamel Falcao, Ricardo Carvalho, Ricardo Quaresma dan Paulo Ferreira, yang kesemuanya menyertai Chelsea. 

Pengaruh kuat Mendes juga berjaya membawa pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Angel di Maria, Radamel Falcao (sekali lagi), Bebe dan Anderson ke Old Trafford. Mendes juga menjadi kunci dalam menghidupkan liga bola sepak Perancis dengan membawa masuk pemain seperti Joao Moutinho, James Rodriguez dan Radamel Falcao ke Monaco. 

1. Constantin Dumitrascu

constantin dumitrascu agen bola sepak paling kaya di dunia 948

Nilai Kekayaan: $USD107.8 juta

Nilai Kontrak Pemain: $USD1.1 bilion

Ejen Kepada: Edinson Cavani, Phillipe Coutinho, Douglas Costa, Nemanja Matic, Dimitri Payet, Kante N'Golo, Riyad Mahrez.

Bukan sahaja seorang agen bola sepak paling berjaya, Constantin Dumitrascu adalah agen sukan paling berjaya di dunia. Mungkin ramai tidak mengenali beliau, namun beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam sukan ini.

Gaya pendekatannya menjadikan beliau digemari oleh pemilik-pemilik kelab, dan mereka lebih suka untuk berurusan dengannya bagi tujuan perpindahan pemain. Profesionalisme dan kesetiaan kepada para pemain yang ditonjolkan kepada pemain turut menyumbang kepada kejayaannya. 

Agensi miliknya, Mondial Sports Agency telah diberikan kredit kerana terlibat dalam perpindahan merentasi dunia, seperti Alexandre Pato ke Chelsea, Moussa Sissoko ke Tottenham, Axel Witsel ke Jiangsu Suning dan lain-lain. Sehingga hari ini, Dumitrascu kekal berada di tangga teratas dalam senarai agen bola sepak paling kaya di dunia.

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. valuewalk.com
  2. sportskeeda.com
  3. sokkaa.com
  4. dailymail.co.uk
  5. sportsagentblog.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)