Oleh pada 02 Jul 2018 kategori

Setiap 4 tahun, peminat bola sepak daripada seluruh dunia pasti akan berkumpul beramai-ramai bagi menonton dan menyaksikan pasukan kegemaran mereka bertanding dalam kejohanan Piala Dunia.

Tahun ini, Russia menjadi tuan rumah dan disebabkan perbezaan zon waktu dengan Malaysia, maka peminat bola sepak di Malaysia terpaksa bersengkang mata pada waktu malam dan tengah pagi untuk menonton perlawanan di kaca televisyen. Jaringan gol pada lewat babak permainan, ketegangan antara pemain atas padang dan keputusan perlawanan yang mengejutkan merupakan antara drama wajib untuk pertandingan besar seperti ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika artikel ini ditulis, setiap pasukan sudahpun menghabiskan perlawanan di peringkat kumpulan. Setiap kali Piala Dunia juga, kita akan menyaksikan rekod-rekod baru yang dicipta atau dipecahkan. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongi 5 rekod sepanjang zaman yang sudah berjaya di pecahkan pada penganjuran Piala Dunia 2018 di Russia ini.

1. Penalti paling banyak dalam Piala Dunia

sepakan penalti piala dunia

Sepakan penalti merupakan antara peluang termudah bagi sesuatu pasukan untuk mendapatkan jaringan gol. Tahukah anda, walaupun perlawanan peringkat kumpulan baru sahaja tamat, kejohanan Piala Dunia kali ini sudahpun mencatatkan jumlah sepakan penalti paling banyak dalam sejarah penganjuran PIala Dunia.

Untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja, 22 sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil. Daripada 22 sepakan penalti ini, 17 gol berjaya dijaringkan sementara baki 5 lagi sepakan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol atau tersasar keluar. Jumlah ini pastinya akan bertambah memandangkan terdapat banyak lagi perlawanan di peringkat kalah mati sehinggalah ke perlawanan akhir.

Walaubagaimanapun, rekod ini tidak mengejutkan memandangkan buat pertama kalinya Piala Dunia menggunakan teknologi Video Assistant Referee (VAR). VAR ini membolehkan pengadil menyemak keputusan yang dibuat terhadap sesuatu kesalahan yang dibuat oleh pengadil. Untuk info lanjut mengenai VAR, sila baca artikel kami mengenai Virtual Assistance Referee (VAR).

2. Pengurus paling banyak hadir ke Piala Dunia dengan pasukan sama

scar tab rez

Pengurus pasukan Uruguay, Óscar Tabárez merupakan pengurus tertua di Piala Dunia edisi kali ini. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan pemegang rekod pengurus paling banyak hadir ke Piala Dunia iaitu sebanyak 4 kali. Menariknya, kesemua ini dilakukan bersama satu pasukan sahaja, iaitu Uruguay.

Beliau sudah berada dalam pasukan pengurusan sejak 1980 lagi. Selepas Piala Dunia 1990, beliau meninggalkan pasukan Uruguay untuk menguruskan pasukan kelab sehingga 2001 sebelum bersara selama beberapa tahun sebagai pengurus. Selepas kegagalan pasukan Uruguay layak ke Piala DUnia 2006, beliau telah kembali memangku jawatan pengurus Uruguay dan sejak itu, Uruguay layak ke semua edisi Piala Dunia hinggalah Piala Dunia 2018.

Óscar Tabárez juga dianggap penyelamat bagi pasukan bola sepak Uruguay. Selepas mengambil alih sebagai pengurus pada 2010, pasukan Uruguay berjaya menjadi juara Piala Copa America pada tahun 2011. Malah, pencapaian Uruguay setakat ini di Piala Dunia sangat mengagumkan. Dengan kehadiaran pemain hebat seperti Edinson Cavani dan Luiz Suarez pasukan Uruguay berkemungkinan besar boleh pergi lebih jauh.

3. Pemain tertua bermain di Piala Dunia

essam el hadary

Kehebatan pemain hebat Mesir, Mohamed Salah di peringkat kelab tidak dapat diterjemahkan pada penampilannya untuk pasukan kebangsaan Mesir di Piala Dunia kali ini kerana faktor kecederaan. Malah, beliau juga disisihkan pada perlawanan pertama yang menyaksikan Mesir tewas kepada Uruguay.

Menjelang perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Mesir sudahpun tidak layak memandangkan mereka sudah tewas dua perlawanan pertama. Menyedari akan realiti ini, maka Mesir mengambil keputusan menurunkan penjaga gol simpanannya Essam El-Hadary. Ini menjadikan beliau sebagai pemain tertua yang bermain di Piala Dunia 2018 pada usia 45 tahun dan 61 hari.

Sebelum ini, rekod pemain tertua dipegang oleh penjaga gol pasukan Colombia, Faryd Mondragon yang masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Jepun pada Piala Dunia 2014. Pada ketika itu, beliau berusia 43 tahun dan 6 hari.

4. Pemain tertua menjaringkan hatrik

cristiano ronaldo 620

Status Cristiano Ronaldo sebagai penyerang hebat tidak boleh dipertikaikan lagi sama ada diperingkat kelab mahupun antarabangsa. Malah, beliau merupakan antara pemain yang memegang banyak rekod dalam bola sepak peringkat kelab dan antarabangsa. Jaringan pertamanya daripada sepakan penalti pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Sepanyol menjadikan beliau pemain ke 4 yang menjaringkan gol dalam 4 kejohanan Piala Dunia selepas Pele, Uwe Seeler dan Miroslav Klose

Menariknya, selepas jaringan tersebut, Ronaldo menjaringkan 2 lagi gol bagi membolehkan Portugal seri dengan Sepanyol. Jaringan hatriknya dalam perlawanan tersebut menjadikan beliau sebagai pemain tertua yang menjaringkan hatrik di kejohanan Piala Dunia pada usia 33 tahun dan 131 hari. Rekod sebelum ini dipegang oleh pemain Belanda yang menjaringkan hatrik ketika berusia 30 tahun dan 336 hari pada perlawan menentang Iran. 

5. Gol jaringan sendiri paling banyak

gol sendiri

Kejohanan Piala Dunia 2018 ini juga menyaksikan satu rekod pelik terhasil, iaitu jumlah gol sendiri paling banyak terhasil. Untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja, 7 gol jaringan sendiri telah direkodkan. Paling menarik, jumlah ini merupakan untuk perlawanan peringkat kumpulan sahaja.

Rekod sebelum ini adalah 6 gol jaringan sendiri yang direkodkan pada Piala Dunia 1998. Jumlah gol jaringan sendiri yang dicipta pada kali ini mungkin bertambah memandangkan terdapat banyak lagi perlawanan peringkat kalah mati sehingga perlawanan akhir yang bakal berlangsung. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)