Menjadi seorang selebriti membolehkan seseorang individu itu mempunyai ramai pengikut dan pengaruh yang luas. Malangnya kebanyakan selebriti pada masa kini menggunakan populariti dan pengaruh yang dimiliki untuk menyebarkan perkara-perkara negatif.

Siapa yang tidak kenal Elvis Presley, raja "Rock and Roll: dari Amerika Syarikat satu ketika dahulu? Dengan populariti beliau yang melonjak naik ketika itu, beliau menggunakan pengaruhnya kearah kebaikan untuk mengajak lebih ramai rakyat Amerika Syarikat ketika itu mengambil vaksin Polio.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika Elvis Presley muncul dalam program "The Ed Sullivan Show" pada Oktober 1956, beliau sedang berada di ambang kemasyhuran yang belum pernah dikecapi mana-mana artis sebelumnya. Rancangan tersebut adalah program paling popular di TV dengan lebih daripada satu pertiga daripada 168 juta rakyat Amerika ketika itu telah menyaksikan penampilannya sebelumnya itu.

img 20210609 133350

Namun, pada hari bersejarah  itu beliau bukanlah mahu menghiburkan para penonton dan peminatnya dengan persembahannya semata-mata, sebaliknya ingin mempertontonkan kepada rakyat Amerika Syarikat umumnya upacara beliau disuntik vaksin Polio. Ternyata tayangan upacara pengambilan ini memberikan impak positif kepada kadar pengambilan vaksin dii Amerika Syarikat ini beberapa bulan selepas itu.

Polio ketika itu menjangkiti kira-kira 60,000 kanak-kanak setahun, tetapi kematian yang jarang berlaku akibat vaksin ciptaan Jonas Salk yang baru dicipta membuat orang ramai ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin itu.

Namun, dalam tempoh enam bulan daripada tayangan Elvis Presley mengambil vaksin ini, kadar pengambilan vaksin dalam kalangan remaja meningkat daripada 0.6 hingga 80 peratus. Dalam masa beberapa bulan sahaja, imuniti kelompok berjaya dicapai dengan jayanya.

Kerjaya Elvis Presley dan serangan Polio di Amerika Syarikat

Dilahirkan pada 8 Januari 1935 di Tupelo, Mississippi, Elvis Presly atau nama penuhnya Elvis Aaron Presley menjadi bintang Amerika Syarikat dan ikon budaya dengan populariti luar biasa  yang belum pernah dicapai oleh mana-mana artis di dunia pada ketika itu.

Semasa beliau mula membuat rakaman di Memphis, Tennessee ketika zaman remajanya, kariernya benar-benar berkembang pada tahun 1955 apabila RCA Victor berminat untuk menandatanginya sebagai artis di bawah label syarikat rakaman tersebut.  Di bawah pengurusan Kolonel Tom Parker, muzik rockabilly Elvis Presley telah dibentuk menjadi muzik "rock and roll" sebagai tarikan utama.

Single pertamanya "Heartbreak Hotel" pada Januari 1956 menjadi lagu nombor satu di negaranya diikuiti dengan debut layar peraknya melalui "Love Me Tender" yang muncul tidak lama selepas itu. Pada ketika itu, televisyen merupakan satu-satunya medium hiburan dan pemasaran untuk kariernya itu. 

Polio telah menyerang negara itu selama bertahun-tahun lamanya dengan lebih dari 35,000 orang setiap tahun lumpuh semasa meningkatnya wabak sejak tahun tahun 1940-an. Virus ini membunuh dua daripada 10 orang yang lumpuh dan mempengaruhi sistem imun kanak-kanak.

Pada tahun 1952, ia telah membunuh 3,000 orang. Tahun 1955 adalah masa ketika vaksin Jonas Salk akhirnya tiba. Malangnya, kumpulan awal vaksin ini secara tragis telah melumpuhkan dan membunuh sejumlah penerima awal. Akibatnya orang awam mulai ragu-ragu untuk mengambilnya dengan hanya 10% penduduk remaja New York mengambilnya pada tahun 1956.

Sementara itu, tahap imunisasi remaja di peringkat nasional berada pada tahap jauh lebih rendah pada tahap 0.6 peratus.

Elvis Presley dan program vaksin Polio

elvis presley vaksin polio 218

Pegawai kesihatan awam yang berpengalaman dengan cepat menyedari bahawa kedua-dua televisyen dan budaya pop mungkin berguna untuk meyakinkan orang ramai untuk mengambil vaksin. Pesuruhjaya kesihatan New York City, Leona Baumgartner berharap dapat mendapatkan bantuan Elvis Presley untuk mengubah keadaan keadaan ini.

Peristiwa ini akan menjadi aksi kesihatan awam yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan Raja Rock and Roll itu dengan senangnya bersetuju untuk membantu. Kebiasaanya, Elvis Presley akan menyanyikan lagu hitsnya sebagai tetamu jemputan pada episod The Ed Sullivan Show pada 28 Oktober 1956.

Sebelum dia naik ke pentas di CBS Studio 50 di New York City, wartawan berkumpul di belakang pentas untuk menyaksikan Elvis Presley menggulung lengan baju kirinya dan membiarkan Asisten Komisioner Kesihatan Harold Fuerst memberikannya vaksin polio. Selepas menerima vaksin itu, beliau terus naik ke pentas untuk memberikan persembahannya seperti yang dijadualkan. 

vaksin polio

Bermula dari saat itu, organisasi kesihatan kebangsaan mula mempromosikan vaksin ini dengan lebih aktif dan turut menyediakan kemudahan memberi vaksin secara bergerak. Statistik juga menunjukkan kesan positif apabila kes polio Amerika Syarikat turun 81 peratus antara tahun 1955 dan 1957.

Akhirnya, vaksin Jonas Salk yang menakutkan ramai remaja telah mula diterima ramai. Walaupun Elvis Presley mungkin bukan satu-satunya alasan perubahan ini, tetapi beliau secara langsung telah membantu menghilangkan stigma buruk masyarakat terhadap vaksin ini.

Bagi menghargai sokongan peminatnya yang mengamil vaksin ini, selama berbulan-bulan selepas itu beliau bahkan akan menandatangani gambar untuk mana-mana kelab peminat yang menunjukkan ahli mereka telah diberi vaksin.

Kredit:

  1. Scientific American
  2. Smithsonian Magazine
  3. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)