Warna merah jambu merupakan warna yang begitu popular dalam kalangan wanita khususnya kerana warnanya yang lembut. Mungkin ada di antara anda yang sudah tahu tentang kewujudan tasik yang berwarna merah jambu. Tasik merah jambu ini sememangnya sangat unik disebabkan warnanya yang menarik dan menjadi tumpuan para pelancong untuk ke sana. 

Untuk pengetahuan anda, tasik ini bukan sahaja wujud di Australia bahkan terdapat di negara lain juga. Keluasan tasik dan kepekatan warnanya juga sangat berbeza dengan negara lain.

Mari kita lihat keunikan 8 tasik merah jambu tersebut yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia :

#1 Lake Hillier, Australia

lake hillier tasik pink terkenal di australia

Lake Hillier merupakan tasik merah jambu yang terkenal di Australia. Ia terletak di Middle Island dan warna air di Lake Hillier ini kekal berwarna merah jambu. Walaupun anda mengambil air dari tasik ini, ia tidak akan mengubah warna langsung. Kawasan tasik ini dilitupi dengan garam dan sampel air juga menunjukkan tahap garam yang tinggi. 

#2 Lake Retba, Senegal

lake retba tasik pink seperti laut mati yang terkenal di senegal

Kandungan garam di Lake Retba adalah antara sekitar 40%, yang bermaksud ia hampir masin seperti Laut Mati. Ini bermakna anda boleh terapung dengan mudah di perairan ini, tetapi anda tidak boleh berada di dalamnya terlalu lama kerana ia boleh merosakkan kulit anda.

Jadi, untuk melakukan aktiviti mengakses garam atau bekerja di perairan merah jambu ini, penduduk setempat akan menyapu sedikit minyak mentega ke atas kulit mereka untuk melindunginya. Warna merah jambu di tasik ini juga bergantung kepada jumlah cahaya matahari yang meneranginya.

#3 Hutt Lagoon, Australia

hutt lagoon tasik pink yang unik di australia

Tidak seperti dua tasik merah jambu yang pertama dalam senarai ini, Hutt Lagoon di pantai barat Australia sebenarnya mendapat warna merah jambu disebabkan oleh warna alga yang ada di dalam air ini. Begitulah keunikan tasik ini. 

#4 Pink Lake (Spencer Lake), Australia

spencer lake adalah pink lake di australia

Ia juga dikenali sebagai Spencer Lake, tetapi ia hanya bertukar merah jambu apabila campuran garam dan cahaya matahari yang betul berinteraksi dengan alga di dalam tasik ini. Walau bagaimanapun, ia tetap kelihatan cantik kerana pasir di sekitar tasik juga turut berwarna merah jambu dalam pelbagai warna seperti pelangi pantai merah jambu atau merah yang unik yang anda tidak akan dapat lihat di banyak tempat di seluruh dunia.

#5 Salina de Torrevijea, Sepanyol

salina de torrevijea tasik pink terkenal di sepanyol

Torrevieja dahulu dikenali sebagai tempat perlombongan garam dan memancing yang selalu menjadi pilihan masyarakatnya disebabkan lokasinya yang strategik iaitu di Laut Mediterranean. Ia juga merupakan salah satu tasik merah jambu yang terbaik di dunia pada hari ini, walaupun kandungan garam di dalam tasik ini tidak begitu tinggi.

Kebanyakan bandar pula terletak di antara kedua-dua laut dan tasik yang memberikan iklim yang indah untuk Torrevieja dan menjadikannya tempat yang indah untuk dilawati pada bila-bila masa sepanjang tahun.

#6 Dusty Rose Lake, Kanada

dusty rose lake tasik pink yang misteri di kanada

Tasik merah jambu ini tidak mempunyai sebarang alga dan tidak ada kandungan garam yang menyumbang kepada warna, jadi tiada siapa yang benar-benar tahu kenapa tasik di Kanada ini kekal berwarna merah jambu. Namun, penemuan ini di British Columbia adalah satu keajaiban yang menarik pengunjung setiap tahun, walaupun ia juga adalah salah satu tasik merah jambu yang paling sukar untuk dilalui kerana lokasinya yang terpencil.

#7 Masazir Lake, Azerbajian

masazir lake tasik pink yang banyak belerang di azerbajian

Sudah pasti garam yang menjadikannya tasik merah jambu. Untuk pengetahuan anda, penduduk tempatan di sini telah mengkomersialkan tasik ini secara meluas untuk menuai lebih daripada 1 bilion tan garam yang ada di dalam air dan di sekelilingnya. Tambahan pula, terdapat banyak belerang di kawasan itu juga yang turut memberi bau busuk nan indah itu.

#8 Quairading Pink Lake, Australia

quairading pink lake tasik pink dua warna di australia

Apa yang menjadikan tasik ini unik bukanlah disebabkan terdapatnya jalan yang melalui tengah-tengah tasik. Hakikat yang sebenarnya adalah tasik ini menghasilkan dua warna merah jambu sepanjang tahun kerana jalan tengah yang melaluinya. 

Dari apa yang kita lihat, rupanya banyak tasik merah jambu berada di Australia bukan? Sesungguhnya, Australia mempunyai banyak keunikan yang tersendiri selain merupakan salah satu benua yang terbesar di dunia. 

Rujukan :

  1. 10 best pink lakes in the world
  2. Australia

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)