pokok thumbnail

Pokok merupakan tumbuhan berkayu di dalam alam tumbuhan. Sejenis tumbuhan itu diklasifikasikan sebagai pokok sekiranya tumbuhan itu mempunyi akar, batang, dahan dan daun. Seperti mana yang diketahui umum bahawa pokok merupakan hidupan yang penting di dalam kitaran ekosistem. Akan tetapi sayangnya kebanyakan manusia beranggapan pokok hanya sekadar benda biasa sahaja. Namun begitu terdapat juga pokok yang lebih popular berbanding yang lain. Mari kita kenali 10 pokok paling popular di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Lorong Pokok Baobab

pokok baobab 808

Pokok baobab yang unik ini menjadi simbol kepada penduduk Madagascar. Tempat terbaik melihat pokok ini adalah di Alley of the Baobabs. Terdapat 6 jenis spesies baobab asli di Madagascar dan ia dapat bertahan lama tidak kira sama ada menghadapi kebakaran hutan mahupun penerokaan kemajuan yang berlaku. Tidak seperti pokok yang lain, pokok ini tidak mempunyai gelang tahunan pada bahagian dalam batang.

Walaupun tidak mempunyai gelang tahunan seperti pokok lain, teknologi kajian usia menggunakan karbon menunjukkan pokok ini boleh hidup hingga ribuan tahun lamanya. Pokok baobab juga mempunyai buah yang boleh dibuat jus ataupun untuk tujuan perubatan. Pokok ini mempunyai ruang kosong di dalam batangnya dan terkenal sebagai tempat simpanan seperti air. Malah, pada tahun 1993, ruang kosong pada pokok baobab telah tular akibat dijadikan sebuah bar.

9. General Sherman

general sheman

General Sherman merupakan sejenis pokok sequoia dan merupakan pokok tanpa dahan paling besar di dunia. Pokok ini bersama ribuan pokok sequoia yang lain terletak di Taman Negara Sequoia, California. Ia mempunyai ketinggian 84 meter (275 kaki). General Sherman juga merupakan antara pokok tertua yang direkodkan di dunia dengan anggaran usia 2,700 tahun.

8. Old Tjikko

old tjikko

Sekali pandang, pokok Old Tjikko ini kelihatan tidaklah begitu menarik. Tambahan pula dengan kekurangan daun pada sesetengah dahannya. Pokok yang berasal dari Norway ini hanya mempunyai ketinggian 16 meter. Namun, apa yang mengagumkan tentang Old Tjikko ini ialah ia merupakan pokok yang diklon paling tua di dunia.

Pokok ini mempunyai cabang dahan yang melalui kitaran hidup dan mati. Walaupun ia bukanlah pokok yang tertua di dunia, namun sistem akarnya telah wujud sejak 9,500 tahun lamanya. Anda boleh melihat sendiri pokok ini di Taman Negara Fulufjället di Sweden.

7. Tāne Mahuta

t ne mahuta 90

Spesies pokok paling terkenal di New Zealand ialah pokok Kauri. Pokok ini mempunyai struktur yang besar dan tinggi. Salah satu pokok kauri yang terbesar ini dinamakan Tāne Mahuta yang membawa maksud “Raja Hutan” dalam bahasa Maori. Umur pokok ini dianggarkan berusia sekitar 2,500 tahun. Pokok purba ini juga begitu penting dalam kebudayaan dan kerohanian kaum Maori dan Pakeha di New Zealand. Pokok besar yang menjadi tarikan pelancong ini terletak di Hutan Waipoua di daerah utara negara itu.

6. Sri Maha Bodhi 

sri maha bodhi

Pokok yang diberi nama Sri Maha Bodhi ini terletak di Bodh Gaya, salah satu tempat suci bagi penganut Buddha. Pokok ini terletak bersebelahan dengan Kuil Mahabodhi, tempat di mana Buddha sendiri telah mendapat “pencerahan” dan ilham anutan itu. Lagenda mengatakan suatu masa dahulu Buddha pernah duduk di bawah pohon yang sama ini.

Satu kuil kecil telah dibangunkan di sini bagi menandakan tempat di mana Buddha dikatakan bertapa tanpa mengelipkan mata selama 7 hari. Pokok ini dipuja dan diberi penghormatan kerana penglibatannya dengan Buddha secara langsung. Pokok fig gergasi ini juga dikenali dengan nama Pokok Bodhi, Bo, atau Fig Suci.

5. The Cotton Tree

the cotton tree

Pokok ini menjadi satu simbol pentinb kepada ramai penduduk di Sierra Leone. Bagi mereka, sebuah pokok digelar Cotton Tree berdiri megah sebagai monumen yang menjadi lambang pembebasan hamba Afrika-Amerika yang menduduki penempatan di situ pada 1792. Hamba-hamba ini diberi kemerdekaan kerana telah berperang membantu Amerika untuk mendapatkan kebebasan daripada British. Menurut sejarah, hamba yang dibebaskan telah berlayar dan mendarat di Sierra Leone dan telah membuat sambutan kesyukuran di bawah pokok ini sebagai tanda kebebasan mereka di tanah baru.

Walaupun usia pokok ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun melalui sejarah dan kebudayaan masyarakat di sini, usia pokok ini sudah setaraf dengan pokok-pokok tua yang lain. Sehingga kini, pokok ini menjadi tempat warga tempatan berdoa, menyediakan sembahan dan pelbagai lagi perkara sebagai tanda penghormatan kepada nenek moyang yang telah mengasaskan negara itu. Pokok ini kekal sebagai simbol keamanan dan kebebasan negara yang sering bergolak dari semasa ke semasa ini.

4. Pokok Penjara Boab

pokok penjara boab

Di Derby, Australia terdapat sebuah pokok yang terkenal dengan kisah yang pelik. Pokok Penjara Boab ini pernah digunakan untuk memenjarakan kaum pribumi di sini sebelum dijatuhkan hukuman di Derby. Perkataan boab ini diambil oleh orang Australia daripada pokok baobab yang terdapat di Madagascar.

Anda boleh lihat persamaan fizikal pokok ini dengan pokok baobab kerana mempunyai ruang kosong di tengah batang. Akan tetapi struktur batang pokok boab Australia ini adalah berbeza kerana ia lebih pendek dan membengkak. Dinding batangnya yang tebal dan kuat membuatkan ia sesuai dijadikan tempat simpanan air hujan.

Teknik menyimpan dan mengambil air dari pokok ini telah dilakukan oleh kaum pribumi Australia sejak dahulu lagi untuk bertahan semasa musim kemarau. Daun pokok boab ini juga diketahui mempunyai pelbagai manfaat dari segi perubatan.

3. El Árbol del Tule (Pokok Tule)

el rbol del tule

The Tree of Tule terletak di satu tapak suci berdekatan sebuah gereja di Santa María del Tule, Mexico. Pokok ini adalah daripada spesies Cypress Montezuma, di mana ia dikenali sebagai pokok yang mempunyai batang paling kuat di dunia mengalahkan General Sherman. The Tree of Tule diiktiraf UNESCO sebagai tapak bersejarah di Mexico namun kehadiran terlalu ramai manusia membuatkan pokok ini pelahan-lahan mati akibat pencemaran.

2. Methuselah

methuselah

Methuselah ini dianggap spesies pine bristlecone tanpa pengklonan paling tua dijumpai di dunia. Pokok ini dikatakan telah mencecah usia 4,849 tahun. Semasa usia pokok ini sekitar 4,800 tahun, ia masih hidup subur dan megah berdiri.

malangnya, sebahagian besar pohon unik ini telah ditebang pada tahun 1964 untuk tujuan kajian tanpa mengetahui rekod usia sebenarnya. Apa yang masih wujud kini hanyalah sebahagian sahaja tinggalan yang dapat kita lihat. Pada tahun 2012, sebatang lagi pokok pine bristlecone yang lebih tua iaitu sekitar 5,067 tahun dijumpai tidak jauh dari Methuselah dan diberi nama Prometheus.

1. Oak Chapel of Allouville-Bellefosse

oak chapel of allouville bellefosse

Pokok oak yang mengagumkan ini sememangnya wujud dan telah lama dijadikan tempat upacara keagamaan bagi penganut Kristian. Pokok ini terletak di sebuah pekan kecil iaitu Allouville-Bellafosse di Perancis. Pokok ini telah dijaga dan dipelihara dan menjadi warisan peninggalan era medieval.

Pokok ini telah hidup lebih 800 tahun lamanya. Pada tahun 1600, pokok ini telah terbakar akibat panahan petir dan membuatkan bahagian dalamnya menjadi kosong namun ia tetap tidak mati. Lapisan-lapisan kayu kemudian ditambah bagi menutup ruang kosong pada bahagian batangnya. Kayu penyokong juga dipasakkan agar lebih mengukuhkan lagi kedudukan pokok ini.

Rujukan:

1. famous tree

2. mental floss

3. touropia




Hakcipta iluminasi.com (2017)