Oleh pada 11 Jan 2018 kategori

Sumber foto: allkpop.com

Selepas kematian Jonghyun, empat anggota SHINee yang lain iaitu Onew, Key, Minho dan Taemin dilaporkan telah menulis surat kepada peminat mereka pada Selasa lalu.

Menerusi coretan tersebut, mereka meluahkan rasa sedih dan sedang dalam fasa untuk memulihkan semangat masing-masing.

Mereka juga memberi penghargaan terhadap sokongan yang diberikan oleh semua pihak, khususnya peminat tercinta.

Biarpun kehilangan Jonghyun, mereka mahu menunaikan janji kumpulan itu untuk memberikan persembahan dan muzik yang terbaik.

Bagi menghilangkan kerisauan peminat, SHINee menjelaskan bahawa mereka mahu meneruskan konsert "SHINee World The Best 2018 ~ From Now On" yang dijadualkan bakal berlangsung di Jepun, pada September ini.

Pada 18 Disember lalu, peminat industri hiburan Korea dikejutkan dengan berita Jonghyun ditemui meninggal dunia di sebuah apartmen mewah di Seoul. 

Beliau dipercayai membunuh diri dengan menghidu gas beracun monoksida akibat masalah kemurungan.

SHINee menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan mereka pada tahun ini.

Sumber berita: malaysiandigest.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)