Oleh pada 30 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Komposer Azmeer selaku ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34) menganggap senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang bakal berentap pada Februari hadapan sebagai ‘power final’.

Ia rentetan persaingan sengit antara 30 buah lagu yang dipertandingkan selama tiga minggu peringkat separuh akhir.

“Saya bersama juri lain menyifatkan ini ‘power final’ dan melihat ia bakal menjadi persembahan akhir yang hebat. Semua lagu yang terpilih adalah terbaik berdasarkan komposisi melodi dan lirik.

“Kalau ikutkan saya sebenarnya merayu supaya produksi tambah lagi satu lagu supaya menjadi 13. Kalau ikutkan ada 20 lagu baik. Namun, kami hanya dibenarkan memilih 12,” katanya kepada Harian Metro.

Menyentuh pemilihan empat kumpulan atau band yang mendominasi edisi penganjuran kali ini, Azmeer berkata, dia dan juri lain bersepakat membuat keputusan berkenaan berdasarkan kualiti lagu mereka.

   

juara lagu 2019 131

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

“Sebenarnya tak ada alasan kenapa empat band. Bagi saya lagu yang baik, patut dipilih. Juri berasakan empat band ini memang layak ke akhir atas dasar persembahan, lagu, lirik dan nyanyian,” katanya.

Empat band yang menempatkan diri di pertandingan berprestij tersebut adalah Drama Band menerusi lagu Drama, Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda) dan Hazama & The Penglipurlara (Peneman).

Turut memberi cabaran, Sumpah nyanyian Naim Daniel, Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ragaman (Faizal Tahir), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Bangun (Aman RA) dan Sumpah (Aina Abdul).

       

Kredit video: [LIVE] Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 - Minggu 3 | #SFMM34

    

Sumber berita: AJL 34 'Power Final'!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)