Oleh pada 28 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Perjuangan penyanyi Amir Mahiyiddin atau Ameer Sofazr, 36, dalam program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) berakhir apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir pada persaingan minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Ameer terpaksa akur apabila persembahannya menerusi lagu Samrah Mentari dendangan asal Jamal Abdillah gagal menambat hati pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang selaku juri tetap, termasuk Datuk Rizalman selaku juri undangan mingguan.

Pertandingan yang mempertaruhkan penyanyi profesional atau berpengalaman itu antara lain masih mengekalkan penyertaan Naqiu Boboy, Sham Visa, Hady Mirza, Roy, Jatt Black Dog Bone, Wann, Noorshila Amin, Feeza dan Nurfatima.

Termasuk dua kumpulan iaitu One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool.

Sementara itu, konsert ketiga terbabit menyaksikan Naqiu yang membawakan lagu #123 nyanyian asal Khai Bahar, mengungguli persaingan di tangga pertama dengan markah 82 peratus.

Para peserta beraksi menerusi lagu-lagu dalam tema 'Yang Aneh Aneh'.

Jumlah markah keseluruhan peserta seperti berikut:

   

gegar vaganza 2019 942

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 3

  1. Naqiu Boboy (#123) - 82%
  2. Jatt (Awallah Dondang) - 80%
  3. Wann (Asmaradana) - 74%
  4. Nurfatima (Hati Kama) - 73%
  5. Hady Mirza (Ibu Kota Cinta) - 72%
  6. One Nation Emcees (Gelora) - 70%
  7. Roy (Gila Judi) - 69%
  8. Noorshila Amin (Pelesit Kota) - 65%
  9. Kool (Lagu Zaman) - 59%
  10. Feeza (Temberang) - 59%
  11. Sham Visa (Sayang Sayang) - 58%
  12. Ameer Sofazr (Samrah Mentari) - 54%

    

Dalam pada itu, Nurfatima diumumkan sebagai pemenang kategori 'Artis Cili Padi Paling Power' hasil pilihan juri atas persembahan menyerlah yang ditampilkan.

Manakala anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu kedua milik Naqiu Boboy.

Konsert GV6 dihoskan pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 3)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)