Oleh pada 21 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert minggu kedua program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keenam (GV6) berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Menampilkan 13 peserta yang terdiri daripada penyanyi Naqiu Boboy, Sham Visa, Hady Mirza, Ameer Sofazr, Roy, Jatt Black Dog Bone, Wann, Noorshila Amin, Mazleela, Feeza dan Nurfatima.

Tidak ketinggalan, dua kumpulan iaitu One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool.

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang, bertindak sebagai juri tetap, termasuk penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro yang diundang sebagai juri jemputan.

Minggu ini menyaksikan setiap peserta mempersembahkan lagu-lagu menerusi tema 'Cari Makan'.

Penyanyi Naqiu Boboy mengungguli persaingan dengan markah 81% berbekalkan persembahan lagu Meraung nyanyian asal kumpulan New Boyz.

Jumlah markah keseluruhan kesemua peserta adalah seperti berikut:

        

gegar vaganza 2019 619

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 2

  1. Naqiu Boboy - Meraung (81%)
  2. Hady Mirza - Demi Cinta (77%)
  3. Sham Visa - Untukmu Selamanya (73%)
  4. Nurfatima - Terlalu Cinta (72%)
  5. Feeza - Cinta Tersimpul Rapi (70%)
  6. Wann - Lamunan Terhenti (68%)
  7. Roy - Jerat (66%)
  8. Noorshila Amin - Kad Ucapanmu (65%)
  9. One Nation Emcees - Raja Gelek (62%)
  10. Kool - Kau Dan Aku (60%)
  11. Jatt - Dulu Dan Sekarang (57%)
  12. Ameer Sofazr - Dan Bila (54%)
  13. Mazleela - Apa Khabarmu Di Sana (49%)

     

Berada di kedudukan tercorot, penyanyi Mazleela terpaksa akur meninggalkan pentas apabila diumumkan sebagai peserta pertama disingkirkan.

Dalam pada itu, Hady Mirza dianugerahkan kategori 'Artis Cili Padi Paling Power' hasil penilaian juri berdasarkan persembahan menyerlah yang dipamerkan.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah istimewa berupa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

GV6 yang diterajui Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

   

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 2)

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)