Oleh pada 18 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Hady Mirza mengetepikan sembilan peserta lain dalam persaingan minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Hady mendendangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh pada konsert bertemakan 'Melets' menerusi lagu-lagu berkonsepkan carta hits itu.

Persaingan bagaimanapun menyaksikan Feeza menamatkan perjuangannya di minggu suku akhir berkenaan apabila gagal menawan hati juri menerusi lagu pertaruhannya, Terus Mencintai dendangan asal Siti Nordiana.

Peserta lain yang masih berentap ialah Naqiu Boboy, Sham Visa, Roy, Jatt, Wann, Nurfatima, Noorshila Amin dan kumpulan One Nation Emcees.

Berikut markah peserta berdasarkan penilaian juri profesional:

    

gegar vaganza 2019 592

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 6 (SUKU AKHIR)

  1. Hady Mirza (Cinta Luar Biasa) - 81%
  2. Naqiu (Juwita) - 78%
  3. Jatt Ali (Still Loving You) - 76%
  4. Nurfatima (Enggan) - 71%
  5. Roy (Sonata Musim Salju) - 65%
  6. Sham Visa (Suratan Takdir) - 64%
  7. Wann (Pengemis Cinta) - 59%
  8. Noorshila Amin (Karena Pengalaman) - 54%
  9. One Nation Emcees (Gadis Dan Bunga) - 52%
  10. Feeza (Terus Mencintai) - 46%

    

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, konsert berkenaan turut menampilkan juri undangan, komposer lagenda Saari Amri di samping juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.

Sementara itu, Wann merangkul anugerah 'Artis Cili Padi Paling Power', manakala Sham Visa pula dinobatkan Bintang Cuckoo Paling Gempak untuk minggu kelima.

Konsert GV6 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 6)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)