Oleh pada 17 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert Separuh Akhir Dansa Dan Sing yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi, menampilkan persaingan sengit antara enam peserta yang masih bertahan.

Kesemua bintang bersama skuad masing-masing mempersembahkan dua buah lagu dalam tema 'Costume' dan '360'.

Tiadanya penyingkiran pada minggu ini memberi peluang kepada semua peserta untuk menjejakkan kaki ke konsert akhir musim pertama yang dijadualkan berlangsung pada Ahad depan.

Senarai finalis adalah Raja Syahiran, Shiha Zikir, Waris, Sophia Liana, Chubb-E dan Wani Kayrie.

Penilaian profesional menggunakan khidmat dua juri tetap, iaitu Linda Jasmine dan Datuk Rizalman, bersama juri jemputan minggu ini, pelakon Zizan Razak.

Pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu daripada juri profesional dan undian peminat melalui dalam talian.

Sebanyak 70% markah juri diambil berdasarkan aspek tarian, manakala 30% lagi daripada sudut nyanyian.

Kedudukan dan markah para peserta peringkat separuh akhir adalah seperti berikut:

   

konsert dansa dan sing separuh akhir 687

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan Konsert Dansa Dan Sing Separuh Akhir (Minggu 7)

  1. Shiha Zikir & Squad - 86.57%
  2. Wani Kayrie & Delitz - 84.88%
  3. Sophia Liana & Budak Ngam - 84.85%
  4. Waris & Alamak - 82.92%
  5. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 81.62%
  6. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 81.05%

   

Baca: Biodata Penyanyi Shiha Zikir

Baca: Biodata Penyanyi Wani Kayrie

Baca: Biodata Penyanyi Sophia Liana

Baca: Biodata Penyanyi Chubb-E

Baca: Biodata Penyanyi Raja Syahiran

Baca: Biodata Penyanyi Nik Qistina

    

Konsert Dansa Dan Sing yang merupakan sebuah program secara langsung, disiarkan secara mingguan pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria, dengan gandingan Sherry Alhadad dan Hady Mirza sebagai hos.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)