Oleh pada 20 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu ketiga program Dansa Dan Sing berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, sebentar tadi.

Sembilan peserta bersama skuad masing-masing tampil dengan persembahan mantap dalam usaha untuk mengekalkan penyertaan menerusi persaingan yang menggabungkan elemen seni tari dan suara itu.

Bagaimanapun perjuangan bintang muda, Nik Qistina terhenti apabila diumumkan sebagai peserta dengan markah tercorot oleh pasangan pengacara, Sherry Alhadad dan Hady Mirza.

Minggu bertemakan 'Vice Versa Irama' itu menyaksikan Qistina diiringi 'troopers' DP Fam mempersembahkan lagu Jampi, dendangan asal Hael Hussaini, namun gagal menambat hati juri profesional yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman selaku juri tetap, bersama Datuk AC Mizal selaku juri jemputan mingguan.

Format pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu markah daripada juri profesional dan undian peminat secara dalam talian.

Penilaian profesional mengambil kira aspek tarian sebanyak 70%, manakala 30% lagi berpandukan aspek nyanyian.

Berikut kedudukan dan markah diberikan pihak juri kepada para peserta berdasarkan persembahan minggu ketiga.

    

konsert dansa dan sing minggu 3

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan Konsert Dansa Dan Sing Minggu 3

  1. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 93.50%
  2. Shiha Zikir & Squad - 91.67%
  3. Wani Kayrie & Delitz - 83.67%
  4. Waris & Alamak - 78.83%
  5. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 74.73%
  6. Sophia Liana & Budak Ngam - 71.33%
  7. Arja & The Pirates - 69.17%
  8. Atilia, Yasmin Hani & The Lola - 53.50%
  9. Nik Qistina & DP Fam - 51.67%

    

Arja Lee dan Atilia sekali lagi berada di paras 'bottom three', namun masih mara ke konsert seterusnya bersama Waris, Raja Syahiran, Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir dan Wani Kayrie.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing yang keseluruhannya ke udara selama lapan minggu, ditayangkan di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam, dibawakan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)