Oleh pada 10 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Minggu keenam konsert Dansa Dan Sing berlangsung dengan meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Tujuh peserta berserta skuad masing-masing yang masih kekal dalam pertandingan berkonsepkan nyanyian dan seni tari itu tampil dengan persembahan bertemakan 'No Limits'.

Bagaimanapun, peringkat suku akhir ini menyaksikan berakhirnya perjuangan pelakon Arja Lee yang terpaksa akur menduduki kedudukan tercorot.

Penilaian pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu markah juri profesional dan undian menerusi dalam talian daripada peminat.

Aspek tarian menyumbangkan sebanyak 70% daripada markah juri, manakala 30% lagi berdasarkan kualiti nyanyian peserta.

Linda Jasmine dan Datuk Rizalman yang bertindak sebagai juri tetap, turut dibantu penyanyi Dayang Nurfaizah selaku juri undangan minggu ini.

Berikut kedudukan dan markah peserta berdasarkan pemarkahan juri profesional.

    

konsert dansa dan sing suku akhir minggu 6

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan Konsert Dansa Dan Sing Minggu Keenam (Suku Akhir)

1. Shiha Zikir & Team Squad - 90.50%

2. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 90.17%

3. Sophia Liana & Budak Ngam - 87.00%

4. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 86.90%

5. Waris & Alamak - 85.10%

6. Wani Kayrie & Delitz - 76.50%

7. Arja Lee & The Pirates - 73.60%

    

Dua lagi peserta 'bottom three' iaitu Wani Kayrie dan Waris, masih diberikan peluang untuk meneruskan kemaraaan dalam pertandingan itu yang antara lain disertai Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana dan Chubb-E.

Konsert Dansa Dan Sing bersiaran secara langsung dan secara mingguan di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Dikemudikan oleh pasangan hos, Sherry Alhadad dan Hady Mirza.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)