Oleh pada 27 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Ria X

    

Pertandingan realiti, Dansa Dan Sing merupakan sebuah program terbaharu anjuran Astro yang menggabungkan elemen seni tari dan nyanyian.

Bakal menemui penonton pada 5 Januari 2020, ia menggantikan program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang menamatkan siarannya pada Ahad lalu.

Berikut dikongsikan senarai dan biodata para peserta yang terlibat:

      

biodata arja lee

Kredit foto: Instagram Arja Lee

    

1. Biodata Pelakon Arja Lee

Pemilik nama penuh Azharudin bin Ramli ini adalah anak kelahiran Kuala Lumpur pada 8 September 1983. Berusia 36 tahun, beliau merupakan pelakon, model dan penyanyi serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan daripada Universiti Sains Malaysia.

   

biodata atilia haron yasmin hani

2. Biodata Penyanyi Atilia Haron

Atilia Haron atau nama sebenarnya, Raja Putri Atilia binti Raja Haron, 45, merupakan seorang penerbit eksekutif, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan peragawati kelahiran Muar, Johor pada 15 September 1974.

   

3. Biodata Pengacara Yasmin Hani

Yasmin Hani binti Ismail Richardson yang lebih dikenali dengan nama komersialnya, Yasmin Hani, 40, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio kelahiran Rawang, Selangor pada 11 Jun 1979.

    

biodata chubb e

4. Biodata Penyanyi Chubb-E

Muhammad Shahrul Ashlyn Ag Ashrul Affandy, penyanyi yang juga juara program realiti Ceria Megastar, berasal dari Papar, Sabah dan berusia 20 tahun (2019) dengan menggunakan nama pentas, Chubb-E.

    

biodata nik qistina

5. Biodata Penyanyi Nik Qistina

Nik Qistina, penyanyi dari Kuala Lumpur berumur 19 tahun yang mula mencipta nama menerusi platform Youtube dan Vine.

     

biodata raja syahiran

6. Biodata Penyanyi Raja Syahiran

Penyanyi, pelakon dan influencer, Raja Syahiran, 26, berasal dari Subang Jaya, Selangor ini pernah memenangi Bakat JoHaRa anjuran ERA, selain menjadi satu-satunya orang Asia yang layak ke pusingan kedua Britain’s Got Talent.

     

biodata shiha zikir

7. Biodata Penyanyi Shiha Zikir

Nurshiha binti Mohd Zikir atau nama popularnya, Shiha Zikir, kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 2 November 1987 ini merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita yang dicungkil bakatnya daripada pertandingan realiti, Mentor musim kelima.

     

biodata sophia liana

8. Biodata Penyanyi Sophia Liana

Pemilik nama lengkap Sophiatul Liana Mohamed Sobri atau lebih dikenali umum sebagai Sophia Liana atau Sophia De Fam, 29, kelahiran Ipoh, Perak pada 6 Oktober 1990 merupakan seorang penari, penyanyi, pelakon dan pengacara yang juga rapper dalam kumpulan trio, De Fam.

     

biodata wani kayrie

9. Biodata Penyanyi Wani Kayrie

Wani Kayrie atau nama sebenarnya, Syazwani binti Abdullah merupakan penyanyi yang berasal dari Sandakan, Sabah dan lahir pada 17 Mei 2000. Kini berusia 19 tahun.

    

biodata waris

10. Biodata Penyanyi W.A.R.I.S

Muzzammil bin Alias atau lebih terkenal sebagai W.A.R.I.S, 31, merupakan bintang hip hop kelahiran Rembau, Negeri Sembilan pada 31 Ogos 1988.

    

biodata harris baba

11. Biodata Penyanyi Harris Baba

Penyanyi Harris Baba atau nama penuhnya, Khawaja Mohammad Harris Baba, 28, merupakan warga Singapura yang lahir pada 8 Disember 1991 - bergiat sebagai pelakon dan model.

    

Kredit foto: Astro Gempak

    

Sumber:

1. Wikipedia Arja Lee

2. Wikipedia Atilia Haron

3. Wikipedia Yasmin Hani

4. Wikipedia Shiha Zikir

5. Wikipedia Wani Kayrie

6. Wikipedia Sophia Liana

7. Wikipedia W.A.R.I.S

8. Chubb-E Juara Ceria Megastar, Bawa Pulang RM20,000

9. Profil Raja Syahiran & 2twenty2 Squad

10. Profil Nik Qistina & DP Fam

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)