Oleh pada 03 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pertandingan seni tari dan suara, Dansa Dan Sing diteruskan untuk minggu yang kelima, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Tujuh peserta tampil berentap dalam minggu bertemakan 'Trademark' yang menguji kemampuan mereka dalam memberikan sentuhan kreatif menerusi persembahan.

Tiada penyingkiran diumumkan sekaligus melayakkan kesemua peserta untuk mara ke minggu yang seterusnya.

Penilaian pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu markah daripada juri profesional dan undian penonton menerusi dalam talian.

Markah juri profesional meletakkan 70% untuk aspek tarian, manakala 30% lagi dinilai daripada sudut nyanyian.

Juri tetap terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman, termasuk penyanyi Mark Adam yang diundang sebagai juri jemputan minggu ini.

Kedudukan dan markah peserta untuk konsert kelima adalah seperti berikut:

    

konsert dansa dan sing minggu 5

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan Konsert Dansa Dan Sing Minggu 5

  1. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 90.37%
  2. Waris & Alamak - 89.87%
  3. Wani Kayrie & Delitz - 88.67%
  4. Sophia Liana & Budak Ngam - 88.37%
  5. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 87.70%
  6. Shiha Zikir & Squad - 84.87%
  7. Arja Lee & The Pirates - 70.17%

    

Berada di kedudukan 'bottom three' ialah Raja Syahiran, Shiha Zikir dan Arja Lee, namun masih mendapat peluang mara ke minggu seterusnya bersama Waris, Sophia Liana, Chubb-E dan Wani Kayrie.

Konsert Dansa Dan Sing ke udara di saluran Astro Ria, secara langsung pada Ahad, jam 9 malam, bersama pasangan hos, Sherry Alhadad dan Hady Mirza.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)