Oleh pada 27 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert keempat Dansa Dan Sing yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi, menampilkan persembahan bertenaga lapan peserta dalam pertandingan berkonsepkan elemen seni tari dan suara itu.

Bagaimanapun, minggu bertemakan 'Ekspresi Emosi' itu menyaksikan penyingkiran Atilia, Yasmin Hani & The Lola yang diletakkan di kedudukan tiga terendah selepas gagal menambat hati juri tetap, Linda Jasmine dan Datuk Rizalman, termasuk penyanyi Datuk Syafinaz Selamat selaku juri jemputan.

Atilia mempersembahkan lagu River nyanyian asal Bishop Briggs, dengan diiringi 'troopers' The Lola tanpa kemunculan Yasmin Hani yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

Penilaian pemarkahan dibahagikan kepada dua iaitu markah juri profesional dan undian penonton menerusi dalam talian.

Sebanyak 70% markah juri profesional berdasarkan aspek tarian, manakala 30% lagi diambil daripada sudut nyanyian.

Kedudukan dan markah para peserta untuk minggu keempat adalah seperti berikut:

    

konsert dansa dan sing minggu 4

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Keputusan Markah Dan Carta Kedudukan Konsert Dansa Dan Sing Minggu 4

1. Shiha Zikir & Squad - 93.33%

2. Sophia Liana & Budak Ngam - 86.67%

3. Wani Kayrie & Delitz - 82.53%

4. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - 78.17%

5. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - 67.27%

6. Arja & The Pirates - 62.77%

7. Waris & Alamak - 62.00%

8. Atilia, Yasmin Hani & The Lola - 61.83%

    

Arja Lee dan Wani Kayrie yang turut menduduki tangga 'bottom three' masih berpeluang untuk meneruskan kemaraan ke minggu seterusnya bersama Waris, Raja Syahiran, Sophia Liana, Chubb-E dan Shiha Zikir.

Konsert mingguan Dansa Dan Sing yang dikelolakan pasangan hos, Sherry Alhadad dan Hady Mirza, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)