Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

selepas dibebaskan daripada tahanan buat pertama kali aliff aziz buka mulut isu rumah tangga 1

Kredit foto: Youtube AAIBA

Akhirnya penyanyi Aliff Aziz dibebaskan daripada tahanan atas jaminan pihak polis.

Selepas pelbagai spekulasi yang tersebar perihal pergolakan rumah tangganya, Aliff mengambil keputusan untuk membuat sidang media pada hari ini.

Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Singapura itu mempunyai beberapa perkara yang perlu dijelaskan terlebih dahulu.

Antara yang diperkatakan Aliff dalam sebuah wawancara terkininya adalah perihal gelaran "kaki pukul" yang dilabelkan kepadanya.

Malah Aliff turut menceritakan detik-detiknya berhadapan dengan isteri dan keluarga mertua sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan.

Ini kenyataan penuh beliau. 

selepas dibebaskan daripada tahanan buat pertama kali aliff aziz buka mulut isu rumah tangga 2

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku. Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap. Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya. Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza. Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan. Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan. Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan. Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang.

Sumber: Harian Metro

Sama-sama kita nantikan penjelasan penuh Aliff dalam sidang media nanti. 


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)