Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

didakwa ugut zed zaidi kerana kes aliff aziz ini jawab nick mikhail 1

Kredit foto: Instagram Nick Mikhail & suria.my

Angkara isu perkahwinan Aliff Aziz, kini giliran pelakon Singapura, Nick Mikhail pula untuk terpalit sama dan menjadi kontroversi. Semuanya gara-gara video yang dimuatnaiknya - yang memaparkan beliau mempersoalkan ayat yang digunakan Zed Zaidi ketika mengkritik Aliff.

Situasi bertambah hangat apabila Persatuan Seniman pada Khamis lalu membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati terhadap Nick kerana mendakwa aktor itu mengeluarkan ugutan dan kata-kata kesat kepada Zed melalui videonya.

Bagaimanapun, Nick tidak berdiam diri lalu tampil dengan kenyataan susulan di mana beliau menepis dakwaan yang mengatakan dirinya mengugut Zed. Menurut Nick, niat asalnya hanyalah untuk menegur Presiden Seniman itu kerana mengeluarkan ayat seperti samseng. 

didakwa ugut zed zaidi kerana kes aliff aziz ini jawab nick mikhail 2

Kredit foto: Instagram Nick Mikhail

Siapa yang mula dulu sekarang? Kalau dia tak ketuk gendang, saya tak menari. Awalnya saya cuba untuk cool dan tidak mahu ambil ‘pot’ (kisah) tapi bila tiba satu bahagian dia mengeluarkan kenyataan lebih kurang berbunyi "Lu buat sekali lagi, wa cari lu sampai dapat wa dapat wa bunuh” saya rasa itu sudah melampau. Itu ayat selalu digunakan samseng dan sebagai rakyat Singapura saya rasa saya bertanggungjawab untuk menengur dengan cara yang sama. Saya tak benci orang Malaysia, saya tak benci Seniman malah dalam video saya tidak ada pun kutuk Seniman atau sesiapa dan teguran itu hanya untuk Zed Zaidi. Ada yang sifatkan ia berbaur ugutan, sedangkan pada saya ia hanya satu teguran. Mungkin penggunaan bahasanya kasar di mana saya menggunakan bahasa-bahasa yang sering digunapakai samseng, ditambah pula dengan imej saya sebegini maka ia disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Saya bertindak begitu pun kerana mengikut cara dan rentak Zed Zaidi menegur Aliff.

Sumber: Mstar 

Kredit video: Youtube viro besttia


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)