Oleh pada 08 Feb 2024 kategori

Salah satu dialek atau slanga yang biasa kita gunakan bila berbicara berkenaan sesuatu nilai khususnya wang ringgit, adalah melabelkan RM1,000 sebagai contoh...sebagai '1K.'

Bagi yang dah biasa menggunakannya, kita dah mengetahui nilai yang dimaksudkan adalah bersamaan 1 ribu. Kalau 2K, RM2,000. 3K, RM3,000 dan seterusnya.

Walau bagaimanapun, kami andaikan ada yang belum cakna kenapa huruf K digunakan. Sekiranya anda pernah tertanya kenapa K mewakili ribu, mari kami perjelaskan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

'K' yang mewakili seribu

kenapa 1000 disebut 1k

Huruf 'K' digunakan secara meluas untuk mewakili seribu dalam pelbagai konteks, dari kiraan data berkenaan komputer hingga jarak satu titik ke satu titik berbeza.

Penggunaannya pula berasal daripada pengaruh bahasa Yunani, yang akhirnya berevolusi melalui pengenalan sistem metrik di kalangan individu Perancis.

Nilai seribu dalam bahasa masyarakat Yunani lama, disebut 'chilioi'.

Untuk memahami kenapa chillioi boleh bertukar menjadi kilo, kita perlu memahami bagaimana nak menyebutnya.

Walaupun chillioi dieja seakan-akan berbunyi seperti chee-li-oi, sebutan sebenarnya menggunakan bunyi huruf K; menjadikan sebutannya yang betul adalah khi-li-oi atau khee-lee-oi.

Sistem metrik mempermudahkan kaedah sebutan dan ejaan

revolusi perancis penciptaan sistem metrik

Semasa pembentukan sistem metrik di Eropah, orang Perancis mula memperkenalkan beberapa perubahan ketika Revolusi Perancis berlangsung.

Sistem metrik yang menjadi salah usaha memudahkan kaedah pengukuran, sejak awal lagi memang direka untuk memudahkan penggunaannya dan direkabentuk agar mempunyai sifat universal, dengan sistem penglabelan yang memudahkan kiraan secara gandaan.

Salah satu kaedah kiraan yang terkesan dengan peringkasan sistem metrik ini adalah chillioi.

Peraturan diperkenalkan sistem metrik mengubah kaedah mengeja istilah itu, memendekkan 'chilioi' menjadi 'kilo' pada akhir abad ke-18 yang akhirnya diterima pakai secara rasmi.

'Chillioi' ditukar dan diringkaskan bagi menepati standard yang dipersetujui, seterusnya memudahkan kaedah menulis dan menyebutnya.

Oleh kerana ada keperluan untuk setiap unit dalam sistem metrik ditulis menggunakan simbol abjad, huruf K besar dipilih bagi memudahkan kaedah penulisannya.

Begitulah kisah ringkas bagaimana K mula digunakan.

Pengaplikasian dalam pelbagai variasi ukuran

kenapa seribu disebut 1k

Penggunaan 'K' untuk menyatakan nilai seribu banyak diamalkan selepas pengenalan sistem metrik, walaupun kami sedar di Malaysia ramai lebih selesa menyebut terus perkataan 'kilo' secara penuh.

Kita sudah biasa dengan unit KM atau kilometer yang mengukur jarak atau KG mewakili kilogram, yang mengukur berat jisim sesuatu barangan. Selain itu wujud juga unit yang jarang kita dengari seperti Kiloliter yang merujuk 1000 liter isipadu cecair atau Kilotan yang merujuk kepada 1000 tan.

Selepas pengenalan dan penerimaan sistem metrik menjadi meluas, individu yang terlibat dalam bidang ekonomi pun mula 'menerapkan' kaedah serupa ke dalam sistem kiraan mereka, menggunakan singkatan K bagi mewakili nilai wang 1,000.

Akibat daripada penggunaaan itu, masyarakat dunia sehingga kini melabelkan angka wang dalam gandaan satu ribu menggunakan simbol K, sebagai contoh 'RM225,000' ditulis sebagai 'RM225K.'

Kita pun bila bercakap pasal gaji, lebih selesa menyebut 'gaji saya RM18K' berbanding 'gaji saya RM18,000.'

Gaji anda berapa 'K'? Gaji admin '1/5K.' Berapa tu agaknya, hahaha?




Hakcipta iluminasi.com (2017)