Dunia politik di Malaysia tidak pernah sunyi daripada kontroversi sejak dulu lagi. Jika dahulu Dato Seri Anwar Ibrahim didakwa melakukan hubungan sulit dengan pembantunya, kini perkara yang sama dikatakan berulang kembali.

Seorang individu bernama Haziq Aziz tampil ke hadapan dan mengaku dia adalah lelaki dalam video tersebut yang didakwa melakukan hubungan sulit dengan seorang menteri kabinet.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia membuat pengakuan bersumpah dan dikongsi melalui akaun Facebooknya.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Haziq Aziz ini yang begitu berani membuat kenyataan yang boleh menggugat kredibilitinya.

iluminasi.com kongsikan serba sedikit tentang Haziq Aziz.

haziq aziz 393

Haziq Aziz atau nama penuhnya Muhammad Haziq Abdul Aziz yang dilahirkan pada tahun 1992 adalah setiuasaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md. Akin, Timbalan Menteri Industri Utama yang dilantik pada 15 Januari 2019.

Dia memulakan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 2012 dalam jurusan undang-undang dan aktif berpolitik sejak awal lagi.

Haziq yang kini berusia 27 tahun merupakan individu yang bertanggungjawab mengasaskan sayap pelajar PKR iaitu Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan bertindak sebagai presiden.

Dia juga pernah menyertai program pertkaran mahasiswa antarabangsa iaitu Program Mahasiswa Antarabangsa Fulbright.

pelantikan haziq aziz sebagai setiausaha sulit 972

Kerana didapati terlibat dalam satu demonstrasi liar Anti-PTPTN pada April 2012, Haziq dan dua lagi aktivitis dari Universiti Malaya iaitu Safwan Anang dan Syahid Zaini dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester pada September 2012.

Demonstrasi itu meminta agar pihak berkuasa memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN.

Juga pada tahun 2012, terdapat laporan bahawa Haziq melalui akaun Twitternya telah menghina Sultan Johor dengan membuatk kenyataan yang dilihatkan mempertikaikan Sultan Johor berikutan tindakan beliau membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Dia bergerak di bawah sayap Angkatan Muda Keadilan dan dilihatkan sebagai antara salah seorang bakal pemimpin yang berpotensi untuk diketengahkan.

haziq aziz dan dua lagi aktivis um digantung

Pada tahun 2016, Haziq dilaporkan pernah mempunyai hasrat untuk meninggalkan PKR namun pemimpin tertinggi parti itu menyatakan bahawa tidak pernah menerima surat perletakan jawatan darinya.

Haziq kemudiannya menjadi pelatih menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Satu sumber yang rapat dengannya berkata beliau menyertai Nancy pada tahun 2017.

Dia dikatakan kembali menyertai PKR pada PRU14 pada tahun 2018 dan dipilih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong. 

haziq aziz bersama datuk nancy shukri 324

haziq aziz azmin

Menurut seorang kenalan dari universiti yang sama iaitu Habib Mazlan, Haziq tidak pernah berkelakuan pelik atau ada sejarah menggoda lelaki.

Malah, dia mempunyai seorang teman wanita yang mengambil jurusan yang sama pada ketika itu.

Malah perbualan menerusi Whatsapp antara mereka berdua mendedahkan bahawa Haziq menafikan kelibat dalam video tersebut bukanlah dirinya dan dia bukan seorang gay.

Walaubagaimanapun selepas pengakuan dibuat olehnya berikutan penyebaran video tersebut, Haziq melakukan laporan polis. Laporan itu dibuat bertujuan untuk menyangkal segala tuduhan netizen.

perbualan dengan haziq aziz

(Perbualan antara seorang kenalan dengan Haziq Aziz)

Bimbang akan keselamatannya, Haziq melakukan laporan tersebut di balai polis Kelana Jaya dan menegaskan bahawa menteri yang didakwanya telah menghantar setiausaha politik untuk berjumpa dengannya.

Haziq memberitahu bahawa setiausaha tersebut meminta dia menafikan perkara yang didakwa, dan meminta haziq untuk berbohong.

Rujukan:

1. MHETV

2. Gempak

3. AstroAwani

4. Utusan Borneo

5. Malaysia Kini




Hakcipta iluminasi.com (2017)