Oleh pada 24 Dec 2017 kategori

Di zaman teknologi serba moden pada masa kini, dengan segala informasi di hujung jari, adalah mudah untuk mendapatkan biografi sesiapa sahaja, baik selebriti mahupun ahli politik, dan segala sejarah disimpan dan dipelihara dengan lebih baik berbanding satu ketika dahulu. Namun, tidak semuanya begitu. Terdapat ramai figura yang terkenal dari dahulu hingga sekarang yang biografi mereka tidak direkodkan dengan baik selama beberapa tahun - kadang-kadang berabad dan mungkin berdekad lamanya - walaupun mereka dikatakan wujud. Berdasarkan hal ini, bukti kewujudan mereka adalah diragukan. Berikut adalah beberapa individu yang mungkin nama mereka amat dikenali tetapi mungkin tidak pernah wujud sama sekali.

Mulan

mulan disney

Disney memperkenalkan lagenda Mulan kepada peminat-peminat filem, walaupun beliau telah menjadi satu masalah dalam kesusasteraan China. Kisah tentang seorang gadis pahlawan yang berpakaian seperti seorang lelaki dan bertempur menggantikan tempat bapanya yang sakit itu sering diterima sebagai sesuatu yang benar. Tetapi bukti untuk kesahihan cerita itu adalah sangat kurang.

Buku bertajuk The Chinese Shadow Theatre: History, Religion Popular, and Women Warriors menyatakan Mulan mungkin seorang tokoh yang telah direka dan diwujudkan berdasarkan kisah Wei Huahu, seorang pahlawan wanita sebenar dari zaman China purba. Walaubagaimanapun, tidak dapat  dikenalpasti adakah Huahu pernah bertempur dalam pakaian lelaki.

Ada juga teks bertajuk LienĂ¼ zhuan yang bermaksud 'Exemplary Women of Early China', yang ditulis oleh Liu Xiang sekitar tahun 18 SM(BC), dan dipenuhi dengan lebih dari 120 biografi wanita-wanita terkenal dari zaman China purba, namun tiada satu pun kisah tentang Mulan. Walaupun Mulan dikatakan wujud beberapa ratus tahun selepas buku itu diterbitkan, terdapat satu bahagian di mukasurat akhir buku tersebut khas untuk sebarang 'biografi tambahan', tiada sesiapa pun pernah menulis tentang Mulan, walaupun kisahnya sangat bagus untuk dijadikan tauladan.

Shakespeare

william shakespeare

Shakespeare? Sudah semestinya beliau wujud. Beliau menghasilkan banyak karya penulisan, dan potretnya juga wujud. Pasti ramai yang berfikiran begitu. Kisahnya juga telah difilemkan, sama seperti Mulan. Namun terdapat beberapa fakta yang menjadikan kewujudan beliau diragukan.

Seperti yang dinyatakan oleh Public Broadcasting Service(PBS), ada seorang lelaki bernama William Shakespeare, tetapi tidak banyak maklumat mengenai dirinya. Dari mana beliau belajar menulis, bagaimana beliau belajar banyak tentang undang-undang, politik dan juga sejarah, seolah-olah hasil karya Shakespeare yang 'sebenar' tidaklah banyak seperti yang digambarkan. Jika ianya benar, tidak dapat dipastikan siapakah Shakespeare yang 'sebenar'.

Terdapat satu lagi kemungkinan yang boleh menjadi bukti sahih tentang kewujudannya, iaitu teori yang dihasilkan oleh seorang guru sekolah, J.Thomas Looney yang menyatakan Shakespeare adalah nama samaran yang digunakan oleh individu yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia, yang tidak mahu dikaitkan dengan hasil seni yang lebih rendah tarafnya. Kemudian apabila beliau meninggal, para pengikutnya menerbitkan hasil kerjanya di bawah nama seorang individu biasa dari kalangan orang ramai dengan nama William Shakespeare, yang meninggal beberapa tahun sebelum itu. 

Robin Hood

robin hood

Hero lagenda Inggeris Robin Hood sangat terkenal dengan ceritanya merompak golongan kaya untuk membantu golongan miskin dan tinggal di Sherwood Forest bersama rakan penjenayahnya. Kisahnya ini semestinya satu fiksyen, namun adakah Robin Hood benar-benar wujud ataupun semata-mata rekaan? Mustahil untuk memperkatakan ada individu yang menjadi inspirasi kepada penciptaan lagenda ini. Cerita mengenainya samada memang direka sepenuhnya, ataupun gabungan daripada elemen-elemen daripada beberapa sumber kisah sejarah yang berbeza.

Ketika cerita mengenainya mula menjadi terkenal sekitar abad ke-13 dan ke-14, banyak perompak-perompak Inggeris yang menggelarkan diri mereka sebagai Robin Hood. Walaubagaimanapun, beberapa ahli sejarah membuat spekulasi bahawa watak Robin Hood adalah berdasarkan seorang bangsawan bernama Fulk FitzWarin, yang menentang King John (salah seorang musuh Robin Hood). Kehidupan FitzWarin kemudian berubah kepada ceritanya sendiri di zaman pertengahan, dengan nama Fouke le Fitz Waryn, yang mempunyai beberapa persamaan dengan kisah Robin Hood. Jika beliau adalah gambaran sebenar kepada Robin Hood, jadi penggunaan nama Robin Hood adalah satu keputusan yang lebih baik kerana nama Fulk FitzWarin jelas tidak menimbulkan rasa gerun kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya.

King Arthur

filem king arthur

Anda mungkin kenal dengan lagenda King Arthur - kecuali anda seorang yang seperti katak di bawah tempurung. Walaupun anda tidak pernah membaca cerita mengenainya, anda mungkin pernah mendengar ulasan dan komen yang buruk mengenai filem King Arthur(2017), seperti di dalam gambar di atas. 

Watak raja British ini dikatakan telah berjaya mendapatkan pedang Excalibur, daripada Lady of the Lake dan menjumpai Cup of Christ. Kiasah-kisah yang fantastik ini jelas adalah kekeliruan dalam cerita rakyat, tetapi adakah lagenda Arthur berdasarkan individu yang sememangnya wujud?

Kisah pertama tentang Arthur muncul pada abad ke-9 dan juga kronologi pertempurannya menentang tentera Saxon, jadi ia seolah-olah individu-individu ini-jika benar mereka wujud-  yang menjadi asas kepada kewujudan Arthur, hidup dalam zaman yang lebih awal sebelum itu.

Beberapa ahli sejarah menyatakan komander tentera Roman Lucius Artorius Castus sebagai calon yang sesuai. Filem King Arthur pada tahun 2004, dibintangi oleh Clive Owen, menampilkan jalan cerita yang sama dengan kenyataan itu dan mencanangkan beliau sebagai tentera Roman. Sementara ada pendapat lain pula menyatakan Riothamus, raja Britons pada abad ke-5 adalah Arthur.

John Henry

lagenda john henry

Nama John Henry telah diabadikan dalam muzik rakyat sejak 1800-an. Karyanya "Ballad of John Henry" menceritakan tentang seorang bekas hamba abdi yang bekerja di landasan keretapi, yang mampu menggunakan tukul dengan baik berbanding yang lain. Beliau mencabar mesin gerudi stim untuk menentukan siapa boleh bekerja lebih oantas, dan beliau menang, walaupun beliau meninggal dunia selepas itu akibat kepenatan yang melampau. Wira terbaik mati akhirnya, dan kisah Henry ini telah dianggap mitos akibat daripada peristiwa tersebut. 

Tetapi, beliau sebenarnya mungkin benar hanya sekadar mitos. Seperti yang dijelaskan oleh NPR(National Public Radio), John Henry besar kemungkinan adalah "kisah dongeng", walaupun terdapat satu kisah yang berdasarkan "peristiwa bersejarah." Sememangnya ada seorang lelaki yang bekerja di landasan keretapi pada 1800-an, dan penggerudi stim telah dicipta untuk mempercepatkan kerja dan mengurangkan kos. 

Seorang bintang muzik 'country', Merle Travis berkata, "terdapat berdozen kisah yang berbeza tentang dari mana asalnya John Henry." Ia menjadi bukti terbaik bahawa Henry hanya wujud dalam imaginasi, bukannya sesuatu yang nyata.

Rujukan: www.grunge.com


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)