Istilah 'Bank Dunia' kerap kali disebutkan masyarakat kita, tatkala kita berbicara berkenaan ekonomi antarabangsa.

Walaupun kerap menjadi sebutan, tidak ramai di antara kita yang benar-benar tahu apa itu Bank Dunia dan fungsinya dalam membantu meningkatkan kemampuan ekonomi pada tahap negara.

Persoalannya - kenapa Bank Dunia perlu diwujudkan?

Sejarah Bank Dunia

BESARKAN TEKS     A-  A+

lord keynes keynesian

Selepas berakhirnya perang dunia kedua yang mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan jutaan ringgit kerosakan harta benda pada beberapa negara, delegasi seramai 730 orang daripada negara Perikatan yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, United Kingdom, China, Perancis, Poland dan 44 negara lain keseluruhannya - mengadakan persidangan bagi memastikan tahap ekonomi serta kewangan negara-negara anggota mereka terjamin,

Ahli ekonomi John Maynard Keynes dari United Kingdom dan Harry White dari Amerika Syarikat menjadi tulang belakang sebenar penubuhan sebuah badan yang ditugaskan untuk memulihkan semula ekonomi selepas perang.

Idea untuk membentuk sebuah badan itu dilakukan menerusi beberapa siri rundingan melibatkan negara anggota sebelum persidangan terakhir yang dinamakan sebagai persidangan Bretton Woods diadakan di Atlantic City, pada bulan Julai tahun 1944.

Hasil daripada persidangan itu terbentuklah dua perkara asas yang menjadi tunggak kepada penubuhan Bank Dunia iaitu International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) dan juga pembukaan International Monetary Fund atau IMF.

IBRD dan IMF

international bank for reconstruction and development logo130616

IBRD ditubuhkan selaras dengan hasrat awal negara Perikatan bekerjasama iaitu untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan di negara terjejas akibat perang, selain membantu meningkatkan kemampuan ekonomi negara anggota menerusi pinjaman bagi membangunkan infrastruktur negara.

IMF pula diwujudkan sebagai dana yang akan mengimbangi serta mengawal aliran keluar masuk serta perubahan nilai yang boleh berlaku, akibat kenaikan atau penurunan nilai matawang negara-negara anggota. Dana yang ada juga akan digunakan sekiranya berlaku kesusutan terhadap matawang dollar.

Penerima pinjaman IBRD yang pertama adalah negara Perancis selepas negara tersebut memohon pinjaman sebanyak $250 juta dollar bagi pembangunan infrastruktur. Walaupun pada mulanya ditubuhkan untuk membantu pembangunan semula akibat kesan perang bagi negara-negara anggota, bantuan yang disalurkan mula mendapat permohonan daripada negara membangun dengan Chile menjadi antara negara terawal mendapat suntikan dana daripada pertubuhan ini.

International Development Association

aung san suu kyi ida ida persida

Bank Dunia mula menumpukan perhatian kepada usaha-usaha lain selepas selesai menjalankan kerja-kerja pemulihan di negara Eropah. Dasar mereka yang sebelum itu tertutup, kini dibuka agar bersifat lebih umum dengan pertambahan beberapa visi serta matlamat baru.

Bank Dunia mendapat mandat daripada negara anggotanya untuk mempercepatkan lagi proses kemajuan dunia serta membantu dalam membasmi kemiskinan. Selain itu IBRD juga diberikan kuasa untuk menyalurkan bantuan pada mana-mana negara bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan bermacam lagi keperluan lain.

Bagi mencapai hasrat itu, International Development Association atau IDA ditubuhkan pada tahun 1960 bagi membantu negara-negara yang diiktiraf sebagai miskin, tidak layak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana institusi perbankan dunia.

Walau demikian, bukan semua negara layak mendapat pinjaman dana IDA. Sesebuah negara dikategorikan layak untuk meminjam seandainya pendapatan kapita negara tersebut tidak melebihi $1,175 atau RM4,815.

Dari mana datangnya dana-dana yang dipinjamkan?

imfc persidangan

IBRD dan IDA mempunyai sumber kewangan yang berbeza kerana matlamat pinjaman yang dibenarkan juga berbeza.

IDA merupakan satu tabung derma di mana negara-negara anggota IDA akan menyalurkan bantuan dalam nilai yang ditetapkan sendiri oleh mereka, setiap tiga tahun sekali. Pada mulanya IDA beroperasi menggunakan dana yang disumbangkan oleh kerajaan United Kingdom dan kerajaan Amerika Syarikat, namun kini lebih separuh daripada dana tersimpan yang ada datang daripada negara-negara anggota.

Walaupun begitu, Amerika Syarikat tetap menjadi penyumbang terbesar dengan lebih 58% jumlah dana disalurkan mereka, selain daripada 22% daripada Perancis dan 8% daripada United Kingdom, dengan lebihannya dikongsi 51 negara anggota lain.

IBRD pula mempunyai modus operandi berbeza. Berikutan kedudukannya yang kukuh, disokong oleh negara-negara kuasa besar dunia - IBRD boleh bertindak melakukan pinjaman pada kadar faedah yang rendah daripada mana-mana institusi kewangan yang layak. Dana yang dipinjamkan ini kemudiannya akan dipinjamkan semula kepada mana-mana negara yang memerlukan bantuan kewangan pada kadar faedah lebih tinggi.

Jadi, apa sebenarnya IMF?

persidangan bank dunia

Jika anda tertanya-tanya apa pula fungsi IMF sekiranya IBRD dan IDA sudah ada, jangan risau. Ramai yang turut sama keliru.

Seperti yang sudah dinyatakan lebih awal, IMF wujud bukan untuk bertindak seperti IBRD atau IDA yang beroperasi mengeluarkan serta mendapatkan pinjaman. IMF adalah badan yang mengawal serta menyelia semua yang berlaku, serta bertanggungjawab mengelakkan sebarang gangguan sampai pada IBRD dan IDA melalui dana yang diselia IMF.

Dalam erti kata lain, IBRD dan IDA bertanggungjawab menjalankan urusan perbankan hari ke hari dan IMF pula menjadi penjaga serta penanggung risiko dalam semua transaksi yang dijalankan IBRD dan IDA.

Rujukan

IMF




Hakcipta iluminasi.com (2017)