Penulisan ini ditulis Dr. Kamarul Ariffin , seorang doktor perubatan di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. 

vladimir putin ketawa

Saya rasa ada ralat dengan laporan Astro AWANI berkenaan dengan kenyataan Menteri Agrikultur Rusia, Alexander Tkachev, yang melibatkan Indonesia dan khinzir.

Akhbar itu melaporkan :


"Menurut laporan portal berita Al-Arabiya pada Ahad, hal tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.


Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi
"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Putin.


Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa. "



Saya ni tidaklah fasih berbahasa Rusia, tapi berbekalkan pengalaman menetap di negara berbahasa Rusia selama 7 tahun, di dalam video itu saya tidak dengar pula Tkachev tuturkan ayat "Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi".

Sebaliknya, berdasarkan audio dari video itu, setelah ditegur oleh Putin, Tkachev jawab —"Baiklah... Korea Selatan."

Tkachev akui kesilapannya dan menggantikan Indonesia dengan Korea Selatan. Kemudian beliau sambung semula pembentangan beliau.

menteri agrikultur rusia alexander tkachev

Lalu menteri seorang lagi di sebelahnya memberi komen yang tidak dapat didengari melalui video kerana terlalu perlahan suaranya. Setelah itu Tkachev memberi respon kepada komen itu.

"Apa bezanya?"

Setelah itu Putin menekup mulut dan tergelak. Tak pasti Putin ketawa kerana komen menteri satu lagi itu, atau dengan respon Tkachev.

Persoalannya:

1. Benarkah apa yang dilaporkan oleh Al-Arabiya? Kerana daripada video itu, memang tak dengar Tkachev ujarkan rakyat Indonesia akan makan khinzir jika Rusia eksport daging haiwan itu ke sana.

2. Setelah saya semak laman Al-Arabiya, ternyata laporan mereka sedikit berlainan dari apa yang ditulis Astro Awani. Ini laporan Al-Arabiya :


Putin then smiled and clarified to Tkachev that Indonesia is a Muslim country hence its people do not eat pork, to which the minister replied “they will.” Putin then said: “No, they will not.” Putin then burst into laughter and Tkachev then smiled and clarified that he meant South Korea and not Indonesia.



Al-Arabiya cuma tulis "they will", tapi Astro Awani terjemah jadi ayat yang panjang.

Rumusan:

Alexander Tkachev kata - "какая разниться?" (apa bezanya?)

Al-Arabiya lapor -  "They will"

Astro Awani lapor - "Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi".

Kesimpulan

Macam permainan "telefon rosak". Apabila maklumat meniti dari satu penyampai ke penyampai yang lain, mesejnya berubah.

Nota: Jika ada video lain yang mana boleh dengar apa yang menteri seorang lagi tu cakap, beri pada saya. Ia bakal beri pencerahan tentang apa perbualan yang sebenarnya.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)