Dengan kemajuan teknologi, bidang perubatan juga semakin maju. Malah, sebarang eksperimen yang dibuat dalam bidang perubatan juga harus mengikut garis panduan yang ketat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, mengikut sejarah, banyak eksperimen yang telah dilakukan terhadap manusia untuk memastikan keberkesanan atau kesan sesuatu ubat atau penemuan baru. Paling menyedihkan, banyak eksperimen ini dilakukan sendiri oleh pihak kerajaan. 

1. Kajian Untuk Menguji Racun Berbahaya oleh Tentera Korea Utara

racun korea utara

Di Korea Utara, terdapat banyak kem-kem rahsia yang menempatkan banyak pesalah. Mengikut seorang bekas staf penjara yang bertugas di Kem 22, 50 orang perempuan telah dipilih dalam satu eksperimen yang kejam.

Kesemua 50 orang perempuan yang dipilih telah dipaksa memakan sayur kubis yang telah dibubuh racun. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan racun tersebut kepada manusia. Kesemua 50 orang yang terlibat telah mati selepas mengalami 20 minit muntah dan pendarahan teruk. 

2. Vivisection - Pembedahan Tanpa Ubat Bius

vivisection

Semasa Perang Dunia Ke 2, General Shiroo Ishii telah menubuhkan sebuah pasukan perubatan khas yang diberi nama Unit 371. Pasukan ini telah bertanggungjawab menjalankan pembedahan kepada pesakit tanpa menggunakan ubat bius. Semasa perang, ramai pesalah yang dipenjarakan telah dijangkiti pelbagai penyakit. 

Oleh itu, pasukan ini telah membuat pembedahan kepada pesakit untuk mengeluarkan organ yang dijangkiti penyakit tanpa sebarang ubat bius secara hidup-hidup!  

3. Projek Manhattan

projek manhattan

Dalam Projek Manhattan, beberapa orang pesakit yang telah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan telah disuntik dengan cecair yang mengandungi bahan radioaktif plutonium tanpa pengetahuan mereka. Eksperimen mengenai plutonium ini telah dijalankan pada tahun 1945 hingga 1947. 

Akibat daripada eksperimen ini, mereka yang terlibat telah menghadapi banyak kesan-kesan pelik akibat daripada kesan radioaktif ini. 

4. Kajian Racun Membunuh oleh Soviet Secret Services

racun soviet union

Pada 1921, Agensi Rahsia Soviet telah ditubuhkan untuk mencipta sebuah racun yang membunuh. Racun yang ingin dicipta haruslah mempunya ciri-ciri tidak mempunyai rasa dan bau agar ianya tidak dapat dikesan ketika kajian post-mortem dilakukan. 

Untuk tujuan ini, pelbagai orang daripada pelbagai latar belakang umur dan tahap kesihatan telah dijadikan bahan ujikasi. Pelbagai bahan kimia seperti cyanide, curare, digitoxin dan lain-lain racun telah diberi melalui makanan atau 'ubat'. Dalam projek ini, sejenis bahan kimia diberi nama C-2 or K-2 (carbylamine-choline-chloride) telah berjaya dicipta. 

5. Project 4.1

projek 4 1

Project 4.1 adalah eksperimen yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk mengetahui kesan radiasi kepada manusia. Dalam eksperimen ini, penduduk Kepulauan Marshall, Micronesia. Dalam eksperimen ini, penduduk daripada 3 kawasan berlainan telah didedahkan kepada 3 tahap radiasi - Ailinginae (69 rads), Utirik (14 rads) dan Rongerik (79 rads). 

Kebanyakan mangsa yang terlibat tidak mengalami kesan dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari mereka yang terlibat telah mengalami keguguran rambut, kerosakan kulit dan kesan-kesan lain. Pada tahu 2010, kajian yang dilakukan menemui kira-kira 55% daripada 82 orang yang terlibat pada 1954 telah menghidap kanser. 

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)