Oleh pada 17 Jul 2018 kategori

Foto : The Star

Jika tiada kontroversi, bukan politik lah namanya. Hari ini, tular berkenaan kekecohan yang berlaku di Parlimen ketika pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baru sedang berlangsung.

Ia menjadi bertambah hangat apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang memutuskan untuk keluar daripada dewan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka di atas perlantikan Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof sebagai Speaker yang baru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan serba sedikit mengenai Speaker Dewan Rakyat yang baharu ini.

datuk mohamad ariff bekas hakim mahkaman rayuan persekutuan 4

Mohammad Ariff dilahirkan pada tahun 1949 dan berasal dari utara semenanjung Malaysia iaitu Sungai Petani, Kedah.

Selepas menamatkan pendidikan di peringkat sekolah menengah, beliau menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dalam jurusan undang-undang di London School of Economic di United Kingdom.

Selepas tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1973, beliau meneruskan pengajian dalam jurusan yang sama di peringkat Ijazah Sarjana, sebelum memperoleh Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn pada tahun 1974.

Selesai dengan urusan pendidikan, Datuk Mohamad Ariff kemudiannya pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah dan kemudiannya Profesor Madya di Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya di antara 1974 hingga 1985.

datuk mohamad ariff bekas hakim mahkamah tinggi kuala lumpur

Datuk Mohamad Ariff yang juga bapa kepada 5 cahaya mata ini kemudiannya mula menceburkan diri dalam pengamalan undang-undang sebagai peguam bela dan peguam cara.

Pada tahun 1986 hingga 1993, beliau membawa haluan ke sektor swasta dengan menyertai firma undang-undang  Messrs. Joseph Tan & Tang sebelum menjadi salah seorang daripada pengasas kepada firma Messrs, Cheang & Ariff

Menjelang tahun 1993 hingga 1995, beliau kembali ke sektor awam sebagai Pengarah Jabatan Penyeliaan Pasaran di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

datuk mohamad ariff dilantik speaker dewan rakyat yang baharu

Sekali lagi beliau berkhidmat di sektor swasta selama 4 tahun bermula tahun 1995 hingga 1999 sebagai Pengarah dah Ahli Lembaga Pengarah di Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur.

Antara jawatan lain yang pernah dan masih dipegang oleh Datuk Mohamad Ariff dalam sektor awam dan swasta termasuklah:

  1. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Computer System Advisers (M) Berhad (1998 - kini)
  2. Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (2007-2008)
  3. Anggota Jawatankuasa Kajian Semula Penarafan (RRC) di Agensi Penarafan Malaysia (sehingga 2008)
  4. Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Malaysia (2008 - 2009)
  5. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2009- 2012)
  6. Hakim Mahkamah Rayuan Persekutuan (2012 - 2015)
  7. Perunding di firma Messrs, Cheang & Ariff (2015 - kini)
  8. Ahli lembaga di Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti (Okt 2017 - kini)
  9. Speaker Dewan Rakyat (Julai 2018 - kini)

Datuk Mohamad Arif menyertai politik dan telah dilantik sebaga Ketua Jawatankuasa Tatatertib bagi Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak tahun 2018.

datuk mohamad ariff dilantik speaker dewan rakyat yang baharu 3

datuk mohamad ariff bekas ketua jawatankuasa tatatertib amanah

Berikutan kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff menjelaskan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan dalam parti AMANAH pada akhir Jun 2018.

Keputusan itu dibuat agar beliau bebas dan mampu berlaku adil dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi memastikan keputusan yang dibuat tidak terikat dengan jawatannya sebelum ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)