Oleh pada 26 Mar 2020 kategori

Wabak COVID-19 dilihatkan seolah-olah tidak mahu berhenti menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Sehingga 26 Mac 2020, sebanyak 475,176 kes dilaporkan dengan 339,031 kes yang masih aktif dan 21,358 kematian.

Malaysia merupakan antara negara yang paling terkesan di kedudukan ke-22 dunia dengan 2,031 kes dan 23 kematian.

Dan dalam kekacauan yang sangat menakutkan ini, terdapat satu watak yang sentiasa kelihatan tenang mengawal situasi dengan sebaik-baiknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato' Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Di kala kakitangan kesihatan Malaysia bergelut dengan wabak ini, Dr. Noor Hisham menjadi pendukung mereka yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.

Beliau bukan sahaja berada terlibat secara langsung menangani masalah ini tetapi juga bertanggungjawab dalam sidang media hampir setiap hari.

Segala penerangan dan jawapan yang diberikan disusun dengan teratur dan berhemah, membuatkan semua lapisan memahaminya.

Tanpa jasa dan pengorbanan beliau kita mungkin sukar untuk memerangi wabak ini.

iluminasi.com kongsikan biodata dan sejarah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

datuk dr noor hisham pakar bedah 245

Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr Noor Hisham Abdullah mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.  

Dr Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia.

Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Selain itu, Dr. Noor Hisham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau menyumbangkan banyak buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab buku teks tentang pembedahan endokrin.

biodata datuk dr noor hisham abdullah 2

Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan telah memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.

Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Adham Baba bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.

Pencapaian dan anugerah

wira malaysia datuk dr noor hisham abdullah

Anugerah

  1. Kesatria Mangku Negara (K.M.N) - 5 Jun 2004
  2. Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - 2 Jun 2007
  3. Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.) - 17 Mei 2010 
  4. Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) - 17 Mei 2013 
  5. Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.) - 26 Ogos 2013 
  6. Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - 5 April 2014

Anugerah lain

1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 - Hospital Kuala Lumpur  (HKL)

2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 -Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

Kelulusan

pencapaian datuk dr noor hisham abdullah

1. Medical Doctor M.D (UKM) - 1988

2. Master of Surgery M.S (UKM) - 1994

3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery - 1997

4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) - 1998

5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) - 2004

7. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK - 2008

Lantikan khas

biodata datuk dr noor hisham abdullah 23

1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong - 2008

2. Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo - 2010

3. British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010 

4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan - 2011

5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011

6. 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012

7.  Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur - 2012

8. General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012

9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012

10. Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013

Rujukan:

1. Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)