Oleh pada 01 Jun 2018 kategori

Setelah lama reda, kini nama Datuk Jamal Md Yunos kembali hangat di media massa. Beliau yang dahulunya kerap dilihat di kaca TV akibat aktiviti-aktiviti kontroversi kini menjadi buruan pihak berkuasa kerana dipercayai hilang dari hospital yang mana beliau belum diikat jamin.

Selepas melarikan diri, beliau membuat kenyataan akan hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan kepada pihak polis, namun Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini tidak muncul.

BESARKAN TEKS     A-  A+

siapa sebenarnya jamal yunos 1

Terbaru, laporan oleh Sinchew mengatakan beliau telah melarikan diri ke Pulau Karimun, Indonesia pada 27 Mei dan waran tangkap telah dikeluarkan bagi menangkap Datuk Jamal.

Pasti ramai yang agak pelik dan keliru mengenai beliau, dan lebih ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya Datuk Jamal Yunos yang sering mencetuskan kontroversi ini. iluminasi.com berkongsikan serba sedikit mengenai beliau.

Kehidupan awal

siapa sebenarnya jamal yunos 7

Datuk Jamal Md Yunos dilahirkan pada tahun 1970 dan berasal dari Sungai Leman, Sekinchan. Beliau berasal dari keluarga yang biasa di mana bapanya merupakan pekerja kampung dan ibunya pula adalah penjual kuih.

Tamat pelajaran di tingkatan 5 di Sekolah Menengah Datuk Mustafa Pasir Panjang, Sabak Bernam, beliau yang bercita-cita tinggi telah membawa diri ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.

siapa sebenarnya jamal yunos 0

Beliau memulakan hidup barunya dengan bekerja sebagai penghantar surat dengan gaji RM7 sehari.

Namun, setelah 2 bulan bekerja, disebabkan oleh tidak tahan dengan leteran majikan, Jamal berhenti kerja dan kemudiannya bekerja di kilang Ramly Burger di Cheras, dibayar sebanyak RM10 sehari.

Mula menjinakkan diri dengan perniagaan

siapa sebenarnya jamal yunos 8

Bosan dengan kerja makan gaji, Jamal bertekad untuk memulakan perniagaan dengan membuka kedai burger di sekitar Bandar Baru Sentul. Perniagaan burgernya mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dan di luar jangkaan.

Perniagaan kecil-kecilan bermula dengan 1 gerai telah berkembang kepada 11 gerai burger di sekitar Lembah Klang, hanya dalam tempoh dua tahun.

Jamal kemudiannya menggunakan pulangan perniagaan dengan membeli 7 buah van yang digunakan untuk memudahkan proses perniagaan di 13 lokasi pasar malam yang beroperasi secara serentak.

siapa sebenarnya jamal yunos 9

Darah perniagaan yang mengalir dalam dirinya membuatkan Jamal mencari peluang lain dan pada tahun 1995, minatnya lebih terarah kepada bidang automotif dan berpeluang menjadi pengarah di sebuah syarikat permotoran.

Menurut sumber, Jamal merupakan pemegang AP yang membolehkannya membuka kedai jualan kereta mewah dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles Sdn. Bhd. yang terletak di Ampang.

Sekinchan Ikan Bakar 

siapa sebenarnya jamal yunos 3

Dengan hasrat untuk membantu meningkatkaan taraf hidup penduduk di tempat asalnya iaitu Sekinchan, beliau telah membuka Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Dengan membuka restoran ini, industri tanaman serai di kawasan sekitar menjadi pesat dengan hampir 2 tan serai diborong sebagai bekalan menghasilkan ramuan rencah ikan bakar.

Restoran ini mendapat sambutan hangat membolehkan Jamal membuka sebanyak 20 cawangan lain di seluruh Malaysia, dengan pekerja lebih daripada 700 orang yang mana kebanyakannya adalah orang Melayu.

Namun, kini perniagaan ikan bakar ini yang diusahakan Datuk Jamal menemui jalan buntu selepas hanya 6 bulan beroperasi. Menurut sumber, 23 cawangan rangkaian perniagaan beliau ini telah diboikot oleh orang ramai selepas beliau membuat satu demonstrasi di hadapan rumah Datuk Ambiga yang merupakan pengerusi Bersih 2.

siapa sebenarnya jamal yunos 5

Menurut Jamal, mereka melakukan demonstrasi tersebut kerana ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih. 

"Ketika itu saya tidak tahu menahu pasal politik, cuma ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih bahawa kami tidak mahu Bersih dilakukan di Kuala Lumpur kerana mengganggu ketenteraman awam dan mengganggu peniaga," jelasnya.

siapa sebenarnya jamal yunos 01

Tindakannya itu menyebabkan orang ramai menyerang Jamal secara peribadi yang menyebabkan perniagaannya tutup dalam waktu 6 bulan sahaja. Beliau mendapat gelaran Datuk dan Dato Seri yang dianugerahkan oleh Sultan Pahang.

Tindakan kontroversi

siapa sebenarnya jamal yunos

Pada Disember 2016, Jamal menggemparkan media sosial dengan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya memakai tuala mandi dan membawa gayung, berus gigi serta alatan mandi yang lain. Tindakan itu adalah tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air.

Tindakan itu kemudiannya dikritik penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Akibatnya, Jamal sekali lagi mencetuskan kontroversi dan dikecam kerana menyindir DS Siti dengan mengatakan beliau tidak subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata.

Jamal berkata, "Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain". 

siapa sebenarnya jamal yunos 6

Pada Oktober 2017 pula, Jamal telah memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar pos (1) Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kerana membantah terhadap pesta arak yang dijadualkan dianjurkan di Publika, Mont Kiara.

Tindakan itu membuatkan beliau kini didakwa kerana mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam. Sehingga kini lokasi beliau masih belum dikenal pasti, dan peguam beliau sendiri tidak tahu di mana keberadaan Datuk Jamal.

datuk jamal potong kek

Amal jariah

Disebalik segala kontroversi dan berita buruk mengenai Datuk Seri Jamal, namun beliau merupakan manusia biasa yang mempunyai hati yang baik. Beliau begitu bermurah hati menyerahkan rumah beliau di Sungai Buloh untuk dijadikan Rumah Anak Yatim Al Amin yang kini mempunyai lebih kurang 80 orang penghuni. 

Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mencari dan mengumpulkan dana untuk pembedahan adik Fakrul Razi yang menghidap kanser hati.

Rujukan:

1. Dato Jamal Yunos

2. Bebas

3. Usahawan Terbilang

4. Laksamana Bukit Bintang




Hakcipta iluminasi.com (2017)