Sehingga kini, nama Malaysia sememangnya terkenal di seluruh dunia, atas beberapa faktor. Antaranya adalah melalui sukan terutamanya badminton dan skuash yang mana kita nama Malaysia diharumkan oleh atlet seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicoll Ann David.
Namun, banyak lagi kejayaan yang dikecapi di persada dunia mahupun di peringkat kebangsaan yang kita tidak ketahui, seperti yang dilakukan oleh Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman.
BESARKAN TEKS A- A+
Bagi yang tak tahu, Datuk Hasan Nawawi sangat terkenal di Malaysia kerana pernah mengelilingi dunia dengan hanya mengayuh basikal.
Kehidupan awal
Datuk Hasan Nawawi dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, negeri Perak.
Beliua bersekolah di Sekolah Kebangsaan Manong dari tahun 1961 hingga 1966 dan menamatkan persekolahan di SMK Aminuddin Baki pada tahun 1973.
Datuk Hasan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977 dan kemudiannya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986.
Beliau pernah bekerja dalam beberapa bidang berlainan termasuklah menjadi guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong dan SMK Dato' Idris Pantai Remis, pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) di beberapa jabatan kementerian serta dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar pada April 2002.
Kejayaan mengelilingi dunia dengan kayuhan basikal oleh Datuk Hasan merupakan testimoni kepada minatnya terhadap suka di mana beliau sangat menggemari sukan bola sepak, maraton, mendaki gunung serta mengembara dengan berbasikal.
Ini secara tak langsung memberikan stamina yang tinggi yang diperlukan untuk menjayakan kayuhan berpuluh ribu kiolmeter.
Kayuhan mengharumkan nama Malaysia
Datuk Hasan Nawawi memulakan kayuhannya dari sempadan Thailand-Malaysia iaitu di Bukit Kayu Hitam pada Januari 2001.
Beliau melakukan kayuhan melintasi negara Gajah Putih ini sejauh 1 387 kilometer selama 2 minggu sebelum sampai ke negara seterusnya iaitu Myanmar.
Datuk Hasan kemudiannya meneruskan kayuhan demi kayuhan sejauh 26,565 kilometer secara keseluruhan dan merentasi 17 buah negara.
Negara-negara yang dilalui beliau adalah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Turki, Greece, Itali, Perancis, England, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam dan Laos.
Kayuhan mengagumkan ini mengambil masa lebih setahun 389 hari dan ditamatkan pada 27 Januari 2002.
Atas kejayaan ini, Datuk Hasan digelar sebagai "Wira Daratan" oleh rakyat Malaysia.
Tarikh | Negara | Jarak |
Januari – 17 Januari 2001 | Thailand | 1,387 km |
18 Januari – 28 Januari 2001 | Myanmar | 150 km |
28 Januari – 3 Februari 2001 | Bangladesh | 786 km |
4 Februari – 3 Mac 2001 | India | 2,420 km |
4 Mac – 4 April 2001 | Pakistan | 2,338 km |
5 April – 2 Mei 2001 | Iran | 2,540 km |
3 Mei – 1 Jun 2001 | Turki | 2,033 km |
1 Jun – 9 Jun 2001 | Greece | 745 km |
10 Jun – 30 Jun 2001 | Itali | 1,309 km |
30 Jun – 16 Julai 2001 | Perancis | 1,089 km |
17 Julai – 25 Julai 2001 | England | 166 km |
26 Julai – 27 September 2001 | Amerika Syarikat | 5,059 km |
28 September – 6 Oktober 2001 | Jepun | 693 km |
7 Oktober – 21 Oktober 2001 | Korea Selatan | 488 km |
22 Oktober – 6 Disember 2001 | China | 2,483 km |
7 Disember – 27 Disember 2001 | Vietnam | 871 km |
28 Disember – 31 Disember 2001 | Laos | 250 km |
1 Januari – 27 Januari 2002 | Thailand | 1,758 km |
389 hari | 17 buah negara | 26,565 km |
Walaupun berjaya menamatkan pengembaraan mengayuh basikal mengelilingi dunia, perjalanan yang ditempuhi Datuk Hasan adalah sangat getir.
Cabaran ketika melakukan kayuhan
(Kredit: Bharian)
Jika anda memandu dari Utara ke Selatan tanah air sahaja, pasti pelbagai dugaan yang dihadapi, apatah lagi jika mengayuh basikal mengelilingi dunia.
Antara dugaan yang dihadapi sepanjang kayuhan beliau termasuklah terpaksa menghadapi pelbagai cuaca di negara berlainan yang mana sama sekali tidak sama dengan cuaca di Malaysia, pernah cuba untuk dirompak di Iran dan
Beliau juga hampir pernah dipukau oleh sepasang suami isteri yang meminta cenderahati berupa wang Malaysia.
Dalam perjalanan dari Iran ke Turki, Datuk Hasan ditahan hampir 2 jam disebabkan oleh pasport beliau yang tertera nama "Hasan" dan disyaki sebagai pengganas Daesh.
Mencipta rekod negara atau rekod dunia bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi yang terhebat di antara yang terhebat, pelbagai usaha dan pengorbanan harus dicurahkan.
Rujukan:
1. Hmetro
2. Bharian
3. Kosmo