Oleh pada 15 Jun 2019 kategori

Nama Lee Chong Wei sememangnya tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam sukan badminton. Baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dengan dukacitanya telah mengumumkan persaraannya setelah 19 tahun bergelar pemain badminton profesional.

Keputusan itu dibuat setelah beliau bergelut dengan barah hidung yang dihadapinya pada tahun lepas. Walaupun pada peringkat awal beliau masih mahu meneruskan kariernya setelah didiagnos dengan penyakit itu, beliau akhirnya akur dan ingin menumpukan masanya bersama keluarga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah sedikit sejarah dan latar belakang jaguh badminton negara ini dan pencapaiannya yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dalam arena sukan.

Latar belakang Datuk Lee Chong Wei

lee chong wei

Datuk Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak, kepada pasangan Lee Ah Chai dan Khor Kim Choi. Pada usia mudanya, beliau menyukai permainan bola keranjang tetapi dilarang ibunya kerana terpaksa bermain di gelanggang luar yang panas.

Chong Wei mula belajar badminton ketika berusia 11 tahun apabila dibawa bapanya ke dewan badminton. Bakatnya mula menarik jurulatih tempatan, Teh Peng Huat, yang kemudian melatih Chong Wei selepas sekolah. Chong Wei kemudian ditemui pula oleh Misbun Sidek dan mula menyerapnya masuk menjadi skuad kebangsaan ketika berusia 17 tahun.

lee chong wei 2

Beliau mula menjadi perhatian ramai sebagai muka baru dalam dunia sukan apabila berjaya layak ke pusingan akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2003 (kejohanan besar pertamanya). Akan tetapi, dia kalah kepada Cheng Hong dari China dalam pusingan akhir kejohanan itu.

Pada tahun berikutnya, Chong Wei bangkit semula dengan memenangi dua kejohanan utama iaitu Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Dia kemudian mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Sejak itu, nama beliau disebut-sebut sebagai bintang baru dunia badminton Malaysia.

lee chong wei family

Beliau mengakhiri zaman bujangnya dengan rakan sepasukannya, Wong Mew Choo, yang merupakan pemain badminton perseorangan wanita pada 9 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kingston yang dilahirkan pada April 2013 dan Terrance yang dilahirkan pada Julai 2015. 

Datuk Lee Chong Wei juga telah dianugerahkan dengan beberapa penghargaan tertinggi seperti :

datuk lee chong wei

  • Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 2006.
  • Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas pada 30 Ogos 2008.
  • Darjah Bakti (DB) pada 2009 oleh Sultan Mizan Zainal Abidin kerana pencapaiannya dalam Sukan Olimpik 2008.
  • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran "Datuk Wira" oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob pada 2016.
  • Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran "Datuk" oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada September 2017.

Kejayaan Datuk Lee Chong Wei

5690c7be9ff13326e12bf2205d358c72

kredit gambar Yahoo News

Berikut adalah fakta menarik mengenai kejayaan yang pernah dikecapi oleh Datuk Lee Chong Wei:

  • Memenangi dua pingat emas pada Sukan Komanwel 2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali pada tahun yang sama.
  • Memenangi lima pingat emas dalam Sukan Komanwel.
  • Pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.
  • Pemenang pingat perak Kejohanan Badminton Dunia sebanyak tiga kali.
  • Menjadi pemain badminton nombor satu dunia selama 348 minggu.
  • Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
  • Memenangi Kejuaraan All England sebanyak empat kali.
  • Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BWF) sebanyak lima kali.
  • Memenangi Anugerah Olahragawan Negara sebanyak empat kali.
  • Olahragawan paling berjaya di Malaysia. 

lee chong wei lin dan

Banyak pihak mengucapkan kejayaan yang berpanjangan terhadap Datuk Lee Chong Wei setelah beliau mengumumkan persaraannya. Beliau berjaya membuktikan bahawa tidak mustahil bagi rakyat Malaysia untuk menjadi nombor satu di mata dunia dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Rujukan:

1. Twitter

2. News Straits Times

3. The Sun Daily




Hakcipta iluminasi.com (2017)