Kredit foto: Instagram Kecik Hyper Act & mStar Online

Bekas vokalis baru kumpulan Hyper Act, Kecik di perintah oleh Mahkamah Majistret Selayang baru-baru ini untuk membayar kompaun berjumlah RM200 kepada teman wanitanya bagi kesalahan mencederakan wanita itu kira-kira dua minggu lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju kes tersebut diselesaikan bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Selepas pertuduhan dibacakan, Kecik atau nama sebenarnya, Muhammad Fauzi Kamaruddin (23 tahun) mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas kekasihnya, Farah Nurizzati Salleh (25 tahun) 12 Mac lalu pada pukul 7.13 malam di sebuah tempat di Batu 6 3/4, Kampung Changkat Gombak.

Ketika tiba, Kecik dilihat memakai topeng muka bagi mengelak wajahnya dirakam.

Sumber berita: Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)