bekas gitaris ekamatra mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh

Kredit foto: Astro Gempak

Bekas gitaris kumpulan rock popular sekitar 1990-an, Ekamatra, berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.

Tertuduh, Md Nurul Azman [email protected], 44, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar, semalam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut antara jam 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lalu, mengakibatkan kematian ke atas Kau Fu Eng, 71, dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.

Mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum selama 30 tahun dan denda.

Dalam pada itu, dalam satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan memecah masuk rumah milik Nimal De Silva, 70, di Taman Lumba Kuda, pada 5 Disember 2016 antara jam 9.30 pagi hingga 10 pagi.

Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin, manakala mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk penetapan hukuman.

Sebelum ini, tertuduh pernah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan merompak seorang pembantu rumah di Ampang, Selangor.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)