Kitaran haid boleh menerangkan banyak perkara mengenai kesihatan semasa seseorang wanita. Tahun lalu, American College of Obstreticians and Gynecologists menerbitkan sebuah laporan yang mencadangkan kitaran haid perlu diambil kira sebagai salah satu petanda penting bagi kesihatan seseorang seperti mana tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa? Bukan sahaja ia boleh menunjukkan jika seseorang wanita itu mengandung atau tidak, kitaran haid seseorang wanita juga boleh memberikan gambaran utama mengenai kesihatan hormon di dalam badan. Hormon-hormon ini lah yang akan memastikan semua sistem di dalam badan, dari sistem otak hinggalah ke sistem pembiakan, berjalan dengan lancar.

Walaupun apa yang normal dalam kitaran haid bagi seseorang wanita mungkin tidak normal bagi wanita-wanita lain, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu berikan perhatian, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan warna darah anda. Iluminasi.com ingin berkongsi 6 perkara yang badan anda cuba sampaikan mengenai kesihatan anda melalui warna darah haid.

1. Berwarna seperti merah jambu

kemerahjambuan

Badan wanita yang mengeluarkan darah haid seakan warna merah jambu, mungkin mengalami kekurangan hormon estrogen. Lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan warna yang lebih cerah daripada kebiasaanya, atau jika anda merupakan seorang pelari tegar, kata Margaret Romero, seorang jururawat functional-medicine (perubatan yang fokus kepada pengoptimuman fungsi organ) yang berpusat di New York. Kajian mendapati senaman yang berlebihan boleh merendahkan tahap hormon estrogen, yang boleh seterusnya boleh memberikan kesan buruk  kepada kitaran haid, dan mungkin boleh menyebabkan kitaran haid seseorang itu terhenti. (Ia bukanlah perkara luar biasa jika seseorang atlit wanita itu terhenti proses ovulasinya)

Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang besar, tahap hormon estrogen yang rendah boleh meningkatkan risiko oeteoporosis, jika dibiarkan tanpa dirawat. Jadi, jika baru-baru ini anda mula berlatih berlari untuk marathon, atau pertama kali bersenam sepanjang hidup anda, atau meningkatkan intesiti senaman anda dan menyedari warna darah haid anda tiba-tiba berubah menjadi cerah atau kitarahan haid semakin berkurangan, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Margaret berkata penyebab-penyebab lain darah haid menjadi kemerahjambuan adalah kerana pemakanan yang tidak sihat, sindrom polisistik ovari (PCOS) atau perimenopaus (umur mendekati menapaus), yang mana apabila ovari seseorang kurang menghasilkan estrogen sebagai persediaan mengalami menopaus. (biasanya berlaku 4 atau 5 tahun sebelum menopaus).

2. Kelihatan seperti berair

merah berair

Jika ini terjadi, seseorang itu mungkin kekurangan nutrisi. Warna seakan keputihan dan berair pada darah haid boleh menjadi penanda anemia yang teruk (kurang sel darah merah yang sihat), lebih-lebih lagi jika disedari darah haid menjadi lebih halus dan cair, yang mana biasanya ianya adalah pekat, kata Ob-gyn, Alyssa Dweck, M.D, penolong profesor klinikal di Mount Sinai School of Medicine di New York. Jika dipantau untuk beberapa kali kitaran, dan anda risaukan situatasi ini, pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian pengesanan kekurangan nutrisi.

Apa yang menambahkan lagi kekeliruan, kekurangan zat besi juga boleh disebabkan oleh darah haid yang banyak. Kajian 2014 telah memeriksa seramai 236 orang wanita yang mempunyai haid yang banyak, dan didapati 27 peratus daripada mereka kekurangan zat besi, dan 60 peratus yang lain mengalami anemia yang teruk). Jika darah anda keluar melalui pad atau tampon kurang daripada 30 minit, atau terpaksa bangun malam beberapa kali untuk menukar pad, atau selalu berasa letih, segeralah untuk berjumpa doktor untuk membuat ujian pemeriksaan zat besi.

3. Berwarna coklat gelap

coklat gelap

Darah seseorang itu mungkin masih mengandungi lapisan uterus dan darah lama yang baru sahaja dikeluarkan daripada badan. Tapi, jangan panik, ia adalah sesuatu yang normal. "Dalam kes sebegini, kami tidak pasti mengapa ia terjadi, namun kadang-kadang darah tersebut tinggal lebih lama di dalam badan dan mengalir keluar secara perlahan-lahan," kata Alyssa Dweck. "Ia mempunyai masa yang lama untuk dioksidakan, oleh itu ia kelihatan seperti warna coklat atau hampir-hampir hitam. (Pastikan anda berjumpa dengan ob-gyn anda jika anda mengalami situasi ini.

Setiap wanita mengeluarkan lapisan uterus mereka daripada badan dengan kadar yang berbeza, namun, sebahagian besar daripadanya, jika darah yang keluar pada permulaan atau pengakhiran haid berwarna coklat, tiada apa yang perlu dirisaukan.

4. Pekat dan berwarna merah hati beserta darah beku

pekat dan berdarah beku

Seseorang itu mungkin mengalami kekurangan hormon progesteron, dan hormon estrogen yang tinggi. Walaupun sedikit darah beku itu adalah normal, namun darah beku yang bersaiz sebesar syiling 5 sen atau lebih besar menandakan ketidakseimbangan hormon yang serius. Margaret Romero mencadangkan supaya kurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula, dan lihat jika ianya memberikan kesan.

Kemungkinan lain adalah uterine fibroids (ketumbuhan pada dinding uterus). Ia biasanya tidak merbahaya, tetapi boleh menyebabkan kesakitan. Jadi jika anda mengesyaki ianya adalah penyebab darah haid anda menjadi pekat, dipenuhi dengan darah beku, jumpa doktor dan buat pemeriksaan ultrasound.

5. Campuran antara merah dan kelabu

kelabu dan merah

Anda mungkin mempunyai jangkitan, seperti STD atau STI (penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin). "Darah anda juga akan menjadi tersangat busuk (disebabkan sel atau tisu yang mati akibat dijangkiti penyakit). Anda perlu membuat ujian dengan segera supaya anda mendapatkan rawatan yang betul.

Wanita yang mengalami keguguran juga akan menyedari segumpal tisu yang berwarna kelabu yang kelihatan seperti hati," kata Alyssa. Jadi jika anda kemungkinan anda sedang mengandung atau mengalami keguguran, segeralah berjumpa dengan doktor.

6. Jika ia berwarna merah terang

merah terang

Anda mempunyai kitaran haid yang sihat, teratur dan normal. Tetapi perlu ingat, "normal" bagi setiap wanita adalah berbeza, namun, kebiasaannya, darah yang berwarna merah terang seperti warna buah ceri, adalah petanda bahawa semuanya berjalan dengan lancar di dalam badan anda.

Diterjemah dari : Women's Health




Hakcipta iluminasi.com (2017)