Sama ada anda sedar atau tidak, manusia mempunyai jenis darah yang berbeza-beza walaupun mempunyai warna yang sama. Darah yang berbeza ini mempunyai fungsi yang berbeza, dan tidak boleh disuntik sesuka hati kepada pesakit, kerana jika salah jenis darahnya, boleh membawa maut. Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa darah manusia yang berbeza jenis tidak boleh dicampur sewenang-wenangnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mekanisme Darah Dalam Melindungi Manusia

antigen dan jenih darah

Mengapa kita mempunyai jenis darah yang berbeza? Para saintis menganggarkan jenis darah berbeza sudah wujud sejak sekurang-kurangnya 20 juta tahun lalu. Namun, doktor hanya mengetahui tentang perbezaan ini sejak 116 tahun lalu. Sebelum tahun 1900an, ramai manusia mati kerana mereka telah disuntik dengan jenis darah yang salah, yakni yang tidak serasi dengan darah mereka. Persoalannya, apakah yang membuatkan sesetengah jenis darah tidak sesuai untuk seseorang, namun serasi untuk mereka yang lain?

Antara sebabnya ada hubung kait dengan protein, yang dipanggil sebagai antigen, yang merupakan penanda permukaan sel darah merah yang menentukan jenis darah seseorang. Sebagai contoh, darah jenis A mempunyai Type A antigen, manakala darah jenis B mengandungi Type B antigen. Sekiranya kedua jenis darah ini dicampur bersama, ianya akan menyebabkan masalah besar kepada pesakit, boleh mengakibatkan kematiannya.

Plasma darah mengandungi antibodi yang melindungi badan daripada objek asing, termasuklah antigen yang tidak serasi dengan jenis darah seseorang. Apabila antigen yang salah (tidak serasi) disuntik ke dalam badan seseorang, antibodi akan menyerang antigen dengan melekatkan dirinya terhadap objek asing tersebut, menyebabkan darah mula membeku. Darah beku ini akan menutup saluran darah, mengganggu peredaran darah, dan boleh menyebabkan kematian.

Jenis-Jenis Darah Yang Berbeza

jenis darah manusia

Ianya hanya memerlukan beberapa mililiter darah yang tidak serasi untuk menyebabkan reaksi yang serius, jadi adalah sangat kritikal untuk mengetahui jenis darah seseorang sebelum melakukan sebarang pemindahan darah. Terdapat 35 sistem kumpulan darah di dunia ini, namun jenis kumpulan darah yang paling lazim adalah kumpulan ABO dan Rh (Rhesus + atau -).

Bersama, kedua kumpulan ini meliputi 8 jenis darah yang mendominasi lebih daripada 90 peratus populasi dunia, iaitu A+, A-, B+, B-, O+, O-, AB+ dan AB-. Darah jenis O+ dan A+ adalah yang paling lazim di dunia, mencakupi 65 peratus daripada kesemua jenis darah manusia. Walaubagaimanapun, jenis darah sebenarnya adalah berbeza daripada satu lokasi kepada lokasi yang lain.

jenis darah dan lokasi

Sebagai contoh, darah jenis O adalah lebih mudah ditemui daripada populasi yang tinggal di hemisfera barat, yakni negara di sebelah benua Amerika dan Antartika, manakala darah jenis A dan B adalah lebih lazim dalam kalangan populasi di hemisfera selatan, iaitu negara-negara di Asia, Australia dan sebahagian besar Eropah.

Di India contohnya, kebarangkalian seseorang dilahirkan dengan darah jenis B+ adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat. Namun, kemungkinan untuk mempunyai darah jenis AB- adalah sangat jarang sekali, kerana hanya 2 peratus populasi dunia yang mempunyai darah jenis ini.

Peranan Sesetengah Jenis Darah

peranan darah berbeza 80

Para saintis masih sedang mengkaji mengapa terdapat terlalu banyak jenis darah, dan bagaimana ianya boleh berlaku, asal-usulnya. Sebenarnya mempunyai pelbagai jenis darah yang berbeza bukanlah sesuatu yang unik buat manusia, haiwan-haiwan seperti anjing, kucing, kuda, monyet dan lain-lain binatang turut mempunyai ciri-ciri yang sama, yakni jenis-jenis darah yang berbeza.

Namun haiwan selalunya mempunyai antigen yang berbeza berbanding manusia, jadi jangan suka-suka menyuntik haiwan peliharaan dengan darah anda. Kajian terbaru turut mendedahkan bahawa jenis darah mempunyai peranan dalam sistem pertahanan kesihatan badan, melawan sesetengah penyakit tertentu, atau sebaliknya.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai darah O mempunyai pertahanan badan yang tinggi daripada menghidapi malaria, namun lebih mudah terdedah kepada ulser dan terputusnya achilles tendons. Mereka yang mempunyai darah A pula adalah lebih berisiko terhadap beberapa bentuk barah pankreas dan leukimia, serta jangkitan campak kecil, penyakit jantung dan malaria.

Jadi sekiranya anda bercadang untuk menderma darah, ambil sedikit masa untuk merenung kembali betapa uniknya kejadian ciptaan Tuhan ini, darah yang pelbagai jenis dengan kecenderungan yang berbeza-beza.

Rujukan & Bacaan Tambahan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)