bank darah perang dunia

Apabila tercetusnya perang, antara sumber penting yang perlu disediakan adalah darah bagi merawat askar yang tercedera. Mengikut sejarah, salah satu bank darah terawal telah ditubuhkan oleh Frederic Durán-Jordà semasa Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1936.

Walau bagaimanapun, pada zaman tersebut sistem bank darah tidaklah sebaik sekarang dan tidak ramai individu yang berani tampil untuk mendermakan darah mereka. Maka, sekitar tahun 1950-an di Amerika Syarikat, timbullah idea gila mentatu dada kanak-kanak dengan jenis darah mereka.

Proses pemindahan darah merupakan satu proses yang rumit. Pertama, darah mangsa iaitu penerima perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Kemudian, baru jenis darah yang sesuai dengan penerima akan dimasukkan ketubuhnya. Namun, kadangkala terjadi masalah apabila terjadi kekurangan penderma darah yang mahu mendermakan darah. 

Operasi Tat-Type

Dikenalii dengan nama Operasi Tat-Type, ideanya adalah menjadikan kanak-kanak secara paksa sebagai sumber darah sekiranya terdapat askar yang cedera dan memerlukan darah. Bunyinya seperti tidak logik, tapi pada zaman tersebut, ianya benar-benar berlaku.

Paranoia pada tahun-tahun awal Perang Dingin sangat hebat sehingga kanak-kanak sekolah di Amerika dipaksa memakai rantai bertanda, seperti yang dipakai tentera pada leher mereka, untuk membolehkan pengenalan mayat-mayat selepas serangan bom atom.

Kemudian, satu lagi inisiatif pelik telah diperkenalkan, iaitu mentatu kanak-kanak dan orang muda dengan jenis darah mereka. Mentatu jenis darah dijangka dapat menyelamatkan ribuan nyawa setelah serangan bom atom kerana maklumat ini dapat memungkinkan proses pengecaman darah dan pemindahan darah dengan cepat.

Tetapi cadangan untuk mentatu jenis darah pada badan ini mempunyai alasan yang  dianggap kejam. Ideanya bukanlah supaya mudah orang dapat menerima darah ketika mereka memerlukan, sebaliknya dipaksa menjadi penderma darah yang mudah dikenali daripada tatu pada tubuh mereka.

Sebagai contoh, apabila berlakunya kecemasan yang memerlukan pemindahan darah, mana-mana kanak-kanak boleh dikenalpasti jenis darah mereka melalui tatu tersebut dan dipaksa mendermakan darah mereka. Kejam dan tidak berperikemanusiaan bukan?

Di Malaysia misalnya, untuk menderma darah sekalipun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang individu itu menderma darah, contohnya tekanan darah, umur, tahap kesihatan dan banyak lagi. Bukannya sesiapa sahaja boleh didermakan darah mereka. 

Usaha mewujudkan bank darah bergerak

operasi tat type

Tindakan mentatu jenis darah berlaku sebagai tindak balas terhadap peningkatan keperluan darah semasa Konflik Korea pada tahun 1950-an. Semasa perang, sebahagian besar darah yang terkumpul dihantar ke luar negeri, menyebabkan kekurangan  di hospital tempatan. 

Selain itu, stok yang ada di bank darah berisiko dimusnahkan oleh serangan atau kerosakan akibat radioaktif. Usaha dilancarkan di seluruh Amerika Syarikat untuk mengenalpasti jenis darah sebanyak mungkin orang Amerika untuk mewujudkan "bank darah berjalan" yang dapat memberikan transfusi darah di pelbagai tempat.

The Chicago Medical Civil Defense Committee(CCDC), yang diketuai oleh Dr. Andrew C. Ivy, meluluskan program tatu besar-besaran ini pada tahun 1950. CCDC mendakwa bahawa proses mentatu darah sebagai prosedur yang tidak menyakitkan, yang hanya melibatkan tusukan jari di hujung jari mereka. Tatu itu sendiri digambarkan serupa dengan vaksinasi.

Dr. Ivy pernah berkhidmat sebagai perunding Persatuan Perubatan Amerika di tribunal jenayah perang di Nuremberg, di mana dia memerhatikan bahawa anggota Nazi Waffen-SS mempunyai tatu yang menunjukkan jenis darah mereka di lengan atau dada. Ada kemungkinan Dr. Ivy mengambil inspirasi dari tanda badan ini dan menjadi salah satu penyokong utama program ini.

Lokasi tatu itu juga penting. Lengan dan kaki dianggap sebagai lokasi yanng tidak sesuai kerana keduanya boleh terkoyak semasa letupan. Tatu biasanya dibuat di sisi dada, di bawah lengan, atau di pinggul, sama seperti tentera Waffen-SS.

bank darah bergerak

Walaupun usaha Dr. Ivy, program tatu tidak pernah berlaku di Chicago. Tetapi di Lake County, Indiana yang berdekatan, program ini mendapat sokongan daripada masyarakat perubatan tempatan, dan Operasi Tat-Type dilahirkan secara rasmi.

Pada akhir 1951, kira-kira 15,000 penduduk Lake County telah diuji jenis darah mereka, di mana dua pertiga memilih untuk tatu. Sambutan luar biasa terhadap program ini mendorong Persatuan Perubatan Lake County untuk bergerak ke arah menjadikan anak-anak menjadi bank darah mudah alih.

Pada bulan Januari 1952, lima sekolah rendah di Hobart, Indiana, dipilih untuk ujian. Anak-anak diberi kertas slip kebenaran untuk dibawa pulang ke rumah untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa mereka. Sebaik sahaja persetujuan diperolehi, barulah sampel darah daripada hujung ibu jari akan diambil dan diuji untuk mengetahui jenis darah mereka.

Setelah jenis darah diketahui, barulah kanak-kanak mereka akan ditatu jenis darah mereka pada bahu. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan keluar dari bilik doktor dalam keadaan menangis dan meraung kesakitan. 

Penghentian program mentatu jenis darah

tatu jenis darah

Program mentatu jenis darah pada kanak-kanak yang mahu dijadikan bank darah bergerak ini tidak berlanjutan lama. Tamatnya konflik Korea pada 1953 menandakan bahawa kurang darah diperlukan. Maka, tiada lagi keperluan kanak-kanak ini dijadikan bank darah bergerak.

Selain itu, program ini juga didapati kurang efektif. Program ini dilakukan secara sukarela. Penderma boleh memilih sama ada untuk metatu atau memakai gelang. Kajian yang dilakukan di Michigan dan Massachusetts mendapati bahawa satu daripada setiap empat orang yang menerima tag gelang, telah kehilangannya dan 60 peratus menolak tatu.

Selain itu, kos yang terlibat untuk mentatu adalah faktor lain untuk kegagalan program ini. Apabila program ini ditamatkan, kira-kira 60,000 orang dewasa dan kanak-kanak di Lake County mendapat tatu dengan jenis darah mereka menjelang akhir tahun 1955, dan beberapa ribu lagi di daerah Cache dan Rich di Utah.

Sebilangan besar daripada individu ini, sekarang berusia 70-an dan 80-an, masih mempunyai tatu jenis darah ini pada kulit mereka walaupun tulisannya hampir tidak dapat dibaca kerana faktor kulit mereka sudah tua.

Kredit:

    1. The Washington Post
    2. Mental Floss
    3. Indiana Public Media


    Hakcipta iluminasi.com (2017)