Kredit foto: ammboi.com

Pelawak dan penyampai radio, Johan melahirkan rasa bimbang dengan para peminatnya yang obses menghabiskan duit mengundi beliau dalam acara anugerah.

Ulas Johan, dia menyedari majoriti para peminatnya adalah di kalangan orang biasa, justeru dia mahu mereka berjimat cermat dan tidak menghabiskan wang.

johan tidak mahu peminat buang duit undi artis pujaan 2

Kredit foto: plbgaimacam.blogspot.my

Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa. Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik. Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya.

Sumber: The Malay Mail Online

Bagaimanapun dia tidak melarang peminatnya untuk mengundi dalam talian kerana tidak melibatkan kos. Tegas Johan, dia hanya mahu para peminatnya memanfaatkan duit yang ada untuk kegunaan yang lebih berfaedah.

Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit. Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit. Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan. RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit.

Sumber: The Malay Mail Online

Johan mula meraih populariti menerusi pertandingan Raja Lawak yang diadili menerusi sistem undian. Baru-baru ini pelawak tersebut turut memenangi tiga kategori di malam Anugerah Meletop Era 2017 yang juga menggunakan sistem undian peminat.

johan tidak mahu peminat buang duit undi artis pujaan 3

Kredit foto: Projek MMO 




Hakcipta iluminasi.com (2017)