Oleh pada 21 Apr 2017 kategori

nasihat johan pada zizan razak 1

Kredit foto: hype.my

Pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak mendedahkan dia pernah menasihatkan kawan baiknya, pelawak Zizan Razak untuk berkahwin dengan segera dan hidup berkeluarga.

Menurut Johan, dia hanya mahu melihat Zizan menjadi lebih bertanggungjawab dan mengenali erti kehidupan sebenar. 

nasihat johan pada zizan razak 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya kahwin cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan sebenar. Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. 

Sumber: Astro Gempak 

Malah Johan juga berpendapat pemikiran seseorang lelaki itu akan lebih matang selepas berkahwin walaupun pada usia muda. 

nasihat johan pada zizan razak 3

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri daripada susah hingga hidup lebih senang sekarang. Bagi saya setiap orang yang berkahwin akan menjadi lebih matang. Meskipun orang itu lebih muda tetapi bila dia berkahwin saya boleh jamin dia lebih matang daripada orang yang lebih tua tetapi tidak berkahwin.

Sumber: Astro Gempak  

nasihat johan pada zizan razak 4

Kredit foto: Photobucket


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)