zizan terima hadiah istimewa daripada peminat misteri 1

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Pelawak Zizan Razak mendedahkan baru-baru ini beliau telah menerima sebuah hadiah istimewa daripada seorang peminat misteri ketika hari lahirnya, 15 April lalu. 

Menurut Zizan, hadiah itu adalah hadiah hari jadi pertama yang diterimanya pada hari tersebut. Bagaimanapun bungkusan itu mencetuskan tanda tanya kerana nama pengirim tidak disertakan. 

Tertanya-tanya siapa si pemberi hadiah itu. Iyalah, tiada nama yang ditulis dalam kad. Cuma si pemberi menulis ucapan 'Selamat Hari Jadi Mohd Razizan bin Ab Razak... Semoga awak jadi lagi power selepas ini'. Apabila ditanya kepada penghantar hadiah, dia pun tidak tahu daripada siapa. Apa-apapun, saya terharu dengan kesungguhan peminat ini yang sanggup melakukan perkara istimewa pada hari lahir saya.

Sumber: BH Online

Pada hari yang sama, pelawak tersebut turut menghadiri acara Juara Johara Era FM di Sungai Petani, Kedah. Ketika acara berlangsung, Zizan sempat diraikan dalam sebuah sambutan hari lahir - kejutan daripada peminat bersama beberapa penyampai Era FM termasuk Johan, Hanif, Ray dan Dina Nadzir. 

Reaksi beliau kelihatan begitu terharu, malah turut mengalirkan air mata. 

zizan terima hadiah istimewa daripada peminat misteri 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Saya dapat rasa diri bertambah matang. Banyak benda yang dipelajari dan pengalaman menjadi senjata untuk kita jadi lebih kuat. Dalam kerjaya, saya sudah tahu memilih mana kerja yang perlu diambil atau tidak. Ini kerana saya sudah tahu apa yang saya mahu.

Sumber: BH Online

Pada petang tersebut pula beliau dijadualkan untuk melaksanakan tugasannya sebagai pemandu profesional menerusi penyertaan dalam pertandingan lumba kereta MSF Racing di Litar Sepang. 

Sebelum menamatkan wawancara, Zizan sempat mengulas akan harapannya pada pertandingan tersebut. 

zizan terima hadiah istimewa daripada peminat misteri 3

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Doakan yang terbaik... Sudah tentu saya mahukan kemenangan. Mana tahu ada rezeki. 

Sumber: BH Online  


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)