Oleh pada 10 Nov 2017 kategori

Kredit foto: koleksiviral.com

Pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan memberi bayangan isterinya, Ozlynn Wati sedang hamil anak kelima.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram mereka.

Bagaimanapun berita gembira itu disampaikan secara bersahaja dan seakan tidak sengaja.

"Mengenangkan saja ini. Diorang dah tahu belum?" kata Johan dalam video yang menjadi tular itu.

Rata-rata netizen mengesyaki maksud 'mengenangkan' dalam ayat tersebut merujuk kepada Johan yang sedang memikirkan keadaan Ozlynn berbadan dua.

Belumpun lagi ada pengesahan, sudah ada di kalangan pengikut yang mengucapkan tahniah sekiranya spekulasi itu sahih.

"Dengar macam sis mengandung saja ya. Hehe tapi tak nak beritahu lagi ya.

"Haha. Wah nak dapat baby baru lagi ke? Tahniah.

"Berbadan dua ya. Abang Johan dah terlepas cakap. Kalau betul tahniah. Alhamdulillah," antara tulisan peminat di ruangan komen.

Pun begitu, Ozlynn dalam jawapan balasnya meminta supaya Johan mendiamkan perkara itu.

Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan sehingga kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)