Kredit foto: intrend.com.my
Mengesahkan sudah hamil anak kelima, pelakon Ozlynn menganggap ia satu anugerah besar buatnya.
Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawaty Ismail, berkata, dia menyedari perubahan pada dirinya itu sejak penyertaan dalam program Super Spontan Superstar (SSS) 2017.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.
“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” kata isteri kepada pelawak Johan ini.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia mengetahui berita kehamilannya sudah dicanangkan dalam sebuah portal gosip sebelum ini, Ozlynn mengiyakannya.
“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi," katanya.
Ozlynn bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas gosip itu sebelum ini kerana ingin memastikan kandungannya betul-betul selamat.
“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ozlynn mendedahkan dia sedang dalam persiapan untuk bercuti di Jepun bersama keluarga.
“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali," beritahunya.
Tambahnya, peluang itu harus direbut memandangkan dia sering kesuntukan masa untuk bersama keluarga.
“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya lagi.
Sumber berita: Astro Gempak