johan as ari pilih wanita perlis sebagai bakal isteri 1

Kredit foto: Instagram Johan As'ari

Sekian lama berstatus solo, pelakon, Johan As'ari, 31, mengakui, sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya. 

Pelakon filem Juvana dengan nama penuh, Johan Ariff As'ari itu berkata, dia juga sudah mempunyai calon isteri yang direstui bapa. 

"Saya sekarang tak solo lagi, sudah ada teman wanita dan calon isteri. Malah ayah saya juga setuju dan merestui hubungan kami berdua. Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Perlis," kata Johan kepada Sinar Harian.

Johan berkata, dia bersedia melamar wanita berkenaan sebaik selesai mengikuti kursus perkahwinan bersama.

johan as ari pilih wanita perlis sebagai bakal isteri 2 450

Kredit foto: Instagram Johan As'ari

"Insya-Allah doakan jodoh saya dengan dia kuat. Jika ada persefahaman antara kami, tunggulah peringkat seterusnya nanti," katanya.

Enggan mendedahkan nama, Johan bagaimanapun memberitahu kekasihnya itu seorang yang memahami dan bersikap berdikari.

Atas paksi berkenaan, dia tanpa ragu ingin memperisterikannya.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)