Oleh pada 11 Feb 2022 kategori

Kredit: Facebook @hattan.hattan.125 & Instagram @ahmadiqbalzulkefli 

 

Baru-baru ini, penyertaan Iqbal Zulkelfi dalam program realiti Big Stage 2022 mendapat kritikan ramai pihak termasuklah penyanyi senior, Dato Hattan.

 

Berang dengan perihal itu, beliau tidak menyangka pihak produksi rancangan terbabit sanggup memilih peserta tidak berbakat seperti Iqbal semata-mata untuk mengejar rating.

 

"Pihak penyiaran harus mempunyai kebertanggungjawaban untuk mengangkat industri nyanyian ke suatu tahap yang lebih tinggi.

 

"Layakkah nyanyian 'senget-benget' seperti itu memasuki sebuah pertandingan? Jika mahukan rating tinggi sekalipun, tidak perlu sebegini sekali kerana terdapat pelbagai lagi cara lain," katanya.

hattan komen iqbal

Kredit: Facebook @hattan.hattan.125 

 

Kesal dengan keputusan memalukan itu, Dato Hattan menganggap ia mampu menjejaskan nama baik tanah air, apatah lagi program itu juga menampilkan peserta luar negara iaitu Indonesia dan Brunei.

 

"Jika penonton negara lain melihat kualiti persembahan penyanyi tempatan sebegini, kasihanlah para peserta lain yang bertanding dengan bersungguh-sungguh.

 

"Sangat penting untuk mempunyai jati diri dan rasa maruah kerana industri ini bukan sekadar tentang nyanyian semata-mata," tegasnya.

hattan kecam big stage 2022

Kredit: Facebook @hattan.hattan.125 

 

Sekadar informasi, video muzik single pertama Iqbal, Hujan kini sudah meraih lebih 2.2 juta penonton, sekaligus memenuhi salah satu kriteria peserta program yang memasuki musim keempat itu iaitu mempunyai video dengan minimum 500,000 jumlah tontonan.

 

Komen Pilihan

hattan dan iqbal big stage

 

"Bukan mahu menangkan orang seberang, tetapi cuba tonton X Factor Indonesia. Terlalu ramai yang berbakat sehingga peserta yang menyanyi dengan sedap juga disingkirkan," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Dato Hattan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)