Oleh pada 08 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

     

Penyanyi Naim Daniel menjelaskan kesibukan karier seni menjadi punca mengapa kelibatnya tidak muncul dalam program realiti, Big Stage 2019, yang menampilkan penyanyi baharu atau 'Budak Baru Nak Up' (BBNU).

Ia sekaligus menangkis dakwaan kononnya pelantun lagu Sumpah ini telah menolak tawaran atau menarik diri daripada menyertai pertandingan yang sudah memasuki minggu keempat itu.

"Saya tak dapat sertai Big Stage sebab jadual saya padat. Alhamdulillah rezeki untuk keluarga pun datang mencurah-curah.

"Tak masuk Big Stage bukan kerana takut kalah memandangkan rancangan ini pun menjadi platform terbaik buat penyanyi baru macam saya.

"Terpaksa menolak Big Stage untuk perkara lain? Saya reda. Sebab saya pun nak jaga hubungan dengan orang lain juga.

"Sejujurnya daripada minggu pertama Big Stage lagi jadual saya sudah padat hampir setiap minggu dan saya rasa akan datangkan liabiliti besar kepada produksi sekiranya saya sertai. Jadi, lebih baik saya berikan laluan kepada pihak lain terlebih dahulu kali ini," katanya kepada portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Naim akui perbincangan telah dilakukan apabila namanya berada dalam senarai calon akhir Big Stage 2019.

Beliau dalam masa sama, mengagumi keberanian rakan seangkatan yang menggunakan medium pertandingan itu dalam usaha membina nama di kalangan penggemar muzik.

    

naim daniel

Kredit foto: Instagram Naim Daniel

    

"Big Stage merupakan platform terbaik untuk memperoleh kepercayaan orang luar mengenai BBNU.

"Realiti show atau mana-mana persembahan pun bergantung pada rezeki. Adatlah menang dan kalah.

"Yang penting Big Stage boleh membuang stigma bahawa BBNU tak boleh menyanyi. Berikan kami peluang untuk menunjukkan yang terbaik semampunya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Naim yang menjadi antara peserta program All Stars Buka Panggung, terpaksa akur apabila tewas di tangan Datuk Aaron Aziz pada episod pertama yang berlangsung Jumaat lalu.

Ia sekaligus memadamkan impiannya untuk berentap di pentas suku akhir.

    

Sumber berita: "Saya Akan Datangkan Liabiliti Besar Kalau Masuk ..." - Naim Daniel Ulas Isu 'Tolak' Big Stage 2019

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)