iqbalpijakduitdefault1

Kredit: Instagram @ahmadiqbalzulkefli & TikTok @ariffbahran 

 

Menjawab isu video tular dirinya sedang memijak duit, Iqbal menjelaskan bahawa ia berpunca daripada salah faham orang ramai yang menyangkakan ianya duit sebenar hasil titik peluhnya sendiri.

 

"Ketika itu, saya bersama beberapa rakan artis lain yang sedang membuat konten di studio milik Rusa Music Production. Ketika video itu dirakam, duit tersebut sememangnya sudah digunakan oleh mereka.

 

"Bukan saya yang taburkan dan ia bukan milik saya. Malah, ia merupakan duit palsu yang dijadikan sebagai 'props' mereka.

 

"Saya hanya berbual santai dengan mereka seperti biasa. Tidak sangka pula ia dirakam dan dimuatnaik," jelasnya melalui sebuah video di Instagram.

  

 

Menyedari perbuatannya itu boleh memberi contoh yang tidak baik, beliau bagaimanapun menafikan dirinya seorang yang tidak tahu menghargai nikmat rezeki.

 

"Saya tidak salahkan video tersebut dimuatnaik, cuma kelakuan itu menampakkan seolah-olah saya seorang yang tidak bersyukur dan terlalu jahat.

 

"Sedangkan jika ternampak duit syiling 10 sen sekalipun, saya tidak akan langkah atau pijak. Malah, jika terjumpa duit di bawah katil, saya akan meletakkannya di atas," tegasnya.

  

 

Menurutnya lagi, beliau masih tahu adab dan batasan memandangkan wang kertas tersebut telah diubah terlebih dahulu sebelum dicetak.

 

"Tulisan jawi pada duit itu sudah dibuang dan gambar sensitif juga dikaburkan.

 

"Saya tetap perlu meminta maaf atas apa yang berlaku," ujarnya.

 

Komen Pilihan

  

iqbalpijakduitkomen

 

"Awak perlu mula berhati-hati dengan menjaga tingkah laku dan kata-kata. Ramai orang yang mahukan perhatian tetapi tidak pandai menjaga diri.

 

"Dunia seni bukanlah tentang perhatian, sebaliknya disiplin dan perasaan hormat. Sedar ruang kita," tulis pelakon Catriona Ross.

 

Sumber: Instagram Iqbal 



Hakcipta iluminasi.com (2017)