Penyanyi dan aktor Alif Satar mencuri tumpuan ramai di media sosial selepas memuat naik sebuah video yang memaparkannya sedang mengusung jenazah di Mekah.

Entri yang dikongsi menerusi laman Instagram, @alifsatar, sejak 4 hari lalu itu telah meraih lebih 1.3 juta tontonan! 

jadi tular video alif satar ini ditonton 1 3 juta kali 2

Video itu mendapat lebih 1,600 komen daripada netizen yang mengagumi perkara yang dilakukannya.

Ramai memuji usaha Alif kerana tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan.

jadi tular video alif satar ini ditonton 1 3 juta kali 3

Dalam masa sama, sesetengah netizen menyifatkan beliau sebagai seorang jemaah bertuah kerana tidak semua yang sampai ke sana memiliki peluang untuk berbuat demikian.

"MasyaAllah. Tabarakallah. Syukur alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak 100,000 kali. Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam maghfirah dan rahmat Allah," tulis pemilik akaun @iamaisyasofea

"Menginspirasikan. Semoga Allah permudahkan urusan @alifsatar dan keluarga, doakan kami juga berkesempatan menuju ke rumah Allah," komen @aisya_humaira11.

Sejak 23 November lalu, Alif mula bertolak ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama kedua ibu bapanya.

Sumber berita: Astro Gempak

Kredit foto: Instagram Alif Satar




Hakcipta iluminasi.com (2017)